Resepi Cara Buat Maggi Goreng

| February 4, 2020 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Maggi Goreng| Assalamulaikum. Hari ni nak kongsi resepi yang simple dan cepat nak buat. Resepi Cara Buat Maggi Goreng memang satu hidangan yang di gemari ramai orang. Kebiasaannya min kalau buat maggi goreng kosong jer, tak ada campur apa-apa bahan. Tapi kali ni nak cuba buat Maggi Goreng yang di masak dengan macam-macam bahan yang di kongsikan oleh khairulaming ni. Jom cuba buat.

Bahan-bahan Buat Maggi Goreng:

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu kicap manis
  • Ayam dan fish cakes
  • 2 biji telur
  • 2 paket maggi dan perencah maggie.
  • Sayur sawi
  • Lada merah

Cara-cara Masak Maggi Goreng:

  1. Tumbukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga hancur.
  2. Kemudian, tumis bahan-bahan tadi dalam minyak yang panas
  3. Campurkan bahan-bahan sos cili, sos tomato dan kicap manis. Kacau sehingga rata.
  4. Masukkan pula, ayam dan fish cakes. Gaul sehingga masak.
  5. Pecahkan 2 biji telur. Kacau-kacau bagi rata dan masak.
  6. Pastu masukkan perencah maggi. Kacau lagi
  7. Masukkan pula 2 paket maggi yang teleh di rebus. Rebus maggi jangan terlalu lama ya gais!
  8. Akhir sekali, masukkan sayur sawi dan lada merah yang telah di potong.
  9. Siap dan di hidangkan dalam pinggan. Selamat menikmati hidangan yang sangat simple ni. Hehehe.

Sangat simple dan cepatkan. Boleh lah buat untuk anda yang malas nak pergi mamak atau tak ada idea nak masak apa. Resepi cara buat Maggi Goreng yang cukup simple dan cepat anda boleh letak bahan-bahan serta sayur yang ada dalam peti ais dekat rumah anda dan masaklah ikut citarasa anda sendiri. Kepada anda yang tak tahu cara-cara nak buat Maggi Goreng ni anda boleh tengok video masakan daripada khairulaming di bawah.

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *