Resepi Scrambled Egg

| February 5, 2020 | 0 Comments

Resepi Scrambled Egg | Hai assalamualaikum, hari ini kami nak kongsikan kepada anda semua resepi sarapan pagi iaitu resepi Scrambled Egg. Resepi ini daripada khairulaming. Jadi, kepada penggemar-penggemar telur mesti tahu dan  suka dengan resepi ini kan. Resepi ini sangat sesuai dan enak untuk dimakan begitu sahaja atau untuk dijadikan  inti sandwich pun sedap. Sesuai la untuk anda yang suka berpicnic ni. Jadi apa tunggu lagi, jom lihat bahan-bahan buat resepi ini.

Bahan-Bahan:

  • 3 biji telur (3 eggs)
  • 3 sudu susu segar (3 tbsp fresh milk)’
  • Garam dan Lada Hitam (Salt and Black Pepper)
  • 1 sudu Mentega (1tbsp butter)
  • Daun Bawang (scallions)

Cara-Cara Masak Scrambled Egg:

  1. Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan 3 sudu susu segar.
  3. Letakkan garam dan lada hitam.
  4. Kacau bahan-bahan tersebut hingga sebati.
  5. Masukkan 1 sudu mentega ke dalam kuali panas (non-sticky pan).
  6. Setelah itu, masukkan bahan-bahan telur tadi ke dalam kuali tersebut.
  7. Ambil sudip dan tolak telur dari tepi ke tengah.
  8. Setelah masak 80% tutup api dan gaul telur tersebut
  9. Kemudian hidangkan diatas pinggan.
  10. Akhir sekali, taburkan daun bawang yang telah dipotong kecil.

Siap sudah resepi Scrambled Egg ni. Resepi ini nampak saja mudah untuk dibuat namun akan ada di kalangan kita yang akan  gagal masak Scrambled Egg ini. Jadi, kami ucapkan semoga berjaya dan selamat mencuba kepada anda di rumah. Kami ada sediakan video di bawah untuk mengelakkan 50% kegagalan untuk masak resepi ini. Selamat menonton.

Video Cara Masak Scrambled Egg:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *