Resepi Fruit Cocktail | Hai semua, korang dah ada resepi untuk menyambut kedatangan tetamu? Bagaimana pula untuk potluck? Haa! Hari ni kami nak kongsikan resepi pencuci mulut yang sedap untuk korang iaitu Resepi Fruit Cocktail. Resepi ni daripada khairulaming yang sesuai untuk makan beramai-ramai dan bahan-bahan dia pun nampak meriah. Okay jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.


Bahan-bahan:

  • 1 tin fruit cocktail
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • Sumi jelly
  • Ais

Cara-cara Buat Resepi Fruit Cocktail:

  1. Ambil mangkuk besar, masukkan1 tin fruit cocktail.
  2. Kemudian masukkan 1 tin laici.
  3. Tuangkan 1 tin susu cair.
  4. Kemudian masukkan beberapa sumi jelly yang telah dipotong. (kuantiti ikut kemahuan)
  5. Kacau kesemua bahan hingga sekata.
  6. Akhir sekali masukkan ais batu dan kacau.

Okay siap pun pencuci mulut fruit cocktail ni. Mudah saja buat resepi ni. Bahan pun mudah untuk dicari. Sesuai sangat untuk dimakan beramai-ramai. Raya pun dah nak dekat. Bolehlah cuba buat resepi ni masa rumah terbuka. Kami sediakan video di bawah untuk korang dapatkan gambaran yang lebih baik untuk buat resepi yang simple ni. Selamat menonton dan selamat mencuba.

Video Cara Buat Fruit Cocktail:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Share.

Leave A Reply