Resepi Cara Buat Kek Batik Yang Simple dan Sedap

| December 28, 2019 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Kek Batik Yang Simple dan Sedap|Assalamuaikum. Hari ni kami teringin sangat nak buat kek batik. Kalau sebut jer kek batik pasti akan buatkan kita terbayang keenakan rasanya. Kek batik yang mudah, lembut dan sedap bila di makan pasti nak lagi. Resepi cara buat Kek Batik yang simple dan sedap ni, kami sharekan untuk anda resepi memasak daripada khairulaming.

Bahan-bahan Buat Kek Batik:

  • 150g mentega
  • 2 cawan milo
  • ½ tin susu pekat
  • 3 sudu serbuk koko
  • 30 keping biskut marie (patah dua)

Cara-cara Buat Kek Batik:

  1. Cairkan 150g mentega dalam kuali. Kacau sehingga mentega cair. Pastikan mentega tidak menjadi berketul
  2. Kemudian, masukkan 2 cawan milo bersama ½ tin susu pekat.
  3. Tuangkan 3 sudu serbuk koko. Kacau sehingga rata.
  4. Setelah itu, masukkan biskut marie yang telah dipatah dua.
  5. Gaulkan biskut marie bersama coklat sehingga rata.
  6. Kemudian, angkat dan tuangkan ke dalam baking tray. Tekan biskut guna sudu untuk mampatkan kek tu.
  7. Simpan dalam peti sejuk selama 1 malam
  8. Esoknya anda hidang, potong dan ready untuk di makan. Nak sedap lagi, tuangkan coklat yang telah dicairkan ke atas permukaan kek. Huhu. terliur habis.

Senang jer kan nak buat resepi kek batik ni? Da lah senang, sedap pula tu. Bahan-bahan untuk disediakan juga mudah nak dapatkan. Kalau anda nak cuba resepi ni anda boleh tengok video cara buat resepi kek batik daripada khairulaming ni. Ok. Selamat mencuba.

Video Memasak:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

 

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *