Resepi Cheezy Popcorn Chicken

| December 29, 2019 | 0 Comments

Resepi Cheezy Popcorn Chicken | Hai assalamualaikum semua. Hari ni kami nak kongsi resepi cheezy popcorn chicken buat korang. Cuti hujung minggu kalau korang malas nak keluar boleh la cuba buat resepi ni. Tak susah dan tak senang juga untuk membuatnya tapi kalau sendiri buat baru puas hati sebab korang boleh makan dalam kuantiti yang banyak. Resepi ni datang daripada khairulaming yang pasti akan membuatkan korang tertarik. Jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-Bahan:

Popcorn Chicken:

  • 300g dada ayam
  • Garam
  • Lada Hitam
  • 1 kotak kecil tepung Bestari (tepung premix ayam)
  •  2 biji telur
  • Serbuk roti (bread crumbs)

Cheese Dip:

  • 1 sudu mentega
  • 1 sudu tepung gandum
  • 4-5 keping keju
  • 1 cawan susu segar

Cara-Cara Buat Cheezy Popcorn Chicken:

  1. Potong ayam secara mendadu kecil.
  2. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  3. Ambil ayam tadi dan salut dengan tepung bestari.
  4. Salut dengan telur dan celup dengan serbuk roti.
  5. Kemudian goreng ayam sehingga keperang-perangan (rangup).
  6. Untuk Cheese dip, masak dan cairkan mentega di dalam kuali.
  7. Masukkan 1 sudu tepung gandum.
  8. Tuangkan 1 cawan susu segar.
  9. Letakkan 5 keping keju.
  10. Gaul rata kesemua bahan tersebut sehingga pekat.
  11. Kemudian, tuang cheese dip yang sudah siap ke atas popcorn chicken tadi.

Siap pun resepi ni. Mudah je nak buat, cuma perlu rajin masuk dapur je. Okaylah, selamat mencuba. Kepada korang yang nak tahu gambaran penuh cara buat resepi Cheezy Popcorn Chicken ni, korang boleh tekan dan tonton video di bawah.

Video Cara Buat Cheezy Popcorn Chicken:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *