Resepi Cara Buat Mango Bingsu

| February 9, 2020 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Mango Bingsu | Hai assalamualaikum, pada kali ini kami ingin bawakan kepada anda resepi hidangan sampingan yang sedap untuk anda semua, iaitu Resepi Mango Bingsu. Resepi yang mudah dibuat ini telah dikongsikan oleh khairulaming. Kepada ibu-ibu diluar sana anda patut cuba resepi ni sebab susu Goodday dipasaran sekarang mur-mur je. Dapatlah beri anak-anak merasa dessert yang sedap ni. Jadi tunggu apa lagi, jom lihat bahan-bahan buat resepi Mango Bingsu ni.

Bahan-Bahan:

  • 500ml susu segar
  • 1 buah mangga
  • 1 skup ais krim vanilla
  • 2 sudu besar susu pekat

Cara-Cara Buat Mango Bingsu:

  1. Masukkan 500ml susu kotak dalam plastik kedap udara.
  2. Bekukan susu tersebut dalam peti ais.
  3. Potong sebiji mangga dan potong kecil-kecil secara petak.
  4. Ambil susu yang dibekukan tadi dan tumbukkan dengan lesung batu hingga hancur.
  5. Letakkan ke dalam mangkuk dan tekan susu hancur tadi.
  6. Susun mangga di atas susu beku tadi.
  7. Letakkan 1 skup ais krim di tengah-tengah.
  8. Tuangkan susu pekat di atas mango bingsu.

Okay siap pun resepi Mango Bingsu ni. Dah la mudah, sedap pula tu. Kalau korang nak cara lagi mudah untuk buat resepi ni, korang bolehlah tonton video resepi di bawah. Selamat mencuba dan selamat menonton.

Video Resepi Cara Buat Mango Bingsu:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *