Resepi Cornflakes Madu

| February 9, 2020 | 0 Comments

Resepi Cornflakes Madu | Hai assalamualaikum, hari ini kami nak kongsikan kepada korang resepi kuih raya. Kami tahu bulan syawal lambat lagi tapi korang boleh je simpan resepi ni untuk koleksi kuih raya nanti. Berlatih perlahan-lahan buat resepi ni, mana tahu time raya nanti korang dapat kuih raya yang perfect tahun ni. Haha! Gurau saja. Jadi resepi yang kami nak kongsikan ialah Resepi Cornflake Madu daripada khairulaming yang dikatakan enak-enak sahaja. Apa-apa pun, jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-Bahan:

  • 1/4 blok mentega
  • 1/4 cawan gula perang
  • 3/4 cawan madu
  • 250gm cornflake
  • Sesame seed

Cara-Cara Buat Resepi Cornflake Madu:

  1. Buka api dan panaskan kuali.
  2. Cairkan 1/4 blok mentega di dalam kuali tersebut.
  3. Masukkan 1/4 cawan gula perang dan gaulkan.
  4. Masukkan 3/4 cawan madu.
  5. Kacau hingga berbuih dan tutup api.
  6. Gunakan 250gm cornflake dan letakkan ke dalam dulang.
  7. Gaulkan bahan sos yang dimasak tadi dengan cornflake tersebut hingga sekata.
  8. Kemudian letakkan cornflake tadi  ke dalam acuan-acuan kertas kuih raya.
  9. Taburkan sesame seed.
  10. Letakkan acuan-acuan cornflake ke dalam dulang dan masukkan ke dalam pembakar (microwave)
  11. Bakar pada 150 degree celsius selama 7 minit.
  12. Setelah siap dibakar, biarkan sejuk dan letakkan ke dalam bekas kedap udara.

Okay siap pun resepi Cornflake Madu ni. Korang di rumah mesti dah terliur tengok cornflake madu ni kan. Jadi tunggu apa lagi, cubalah buat resepi ni di rumah. Kami dah sediakan video untuk bantu korang  buat resepi ni. Selamat mencuba dan menjamu selera.

Vidoe Cara Buat Resepi Cornflake Madu:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *