Resepi Cara Buat Sup Ayam

| December 23, 2019 | 0 Comments

Resepi Cara Buat Sup Ayam | Hai, assalamualaikum semua. Korang semua sihat ke? Kalau ada ahli-ahli keluarga korang yang kurang sihat tu korang buat la resepi yang kami nak kongsikan ni. Sejuk perut mak ayah sebab korang amik berat pasal keluarga korang. Jadi, hari ni kami nak kongsikan resepi yang simple je iaitu resepi sup ayam daripada khairulaming. Cara buat pun mudah. Jom lihat bahan-bahannya.

Bahan-bahan:

  • 4 biji bawang merah (4 shallots)
  • 3 ulas bawang putih (3 cloves)
  • 3 cm halia (3cm ginger)
  • 6 cawan air (6 cups water)
  • 1 paket kecil (24 gram) perencah sup (1 small packet (24gram) soup seasoning)
  • 1/2 ekor ayam (1/2 chicken)
  • 2 biji ubi kentang (2 potatoes)
  • Garam dan Gula secukupnya
  • Bawang goreng (fried onions)
  • Daun sup (celery leaves)
  • Cili (chillis)

Cara-cara Masak:

  1. Tumbuk 4 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan 3 cm halia secara berasingan.
  2. Tumis ketiga-tiga bahan yang ditumbuk tadi di dalam kuali hingga garing.
  3. Tambah 6 cawan air dan masukkan 1 paket kecil perencah sup.
  4. Kemudian masukkan ½ ekor ayam.
  5. Masukkan 2 biji ubi kentang yang telah dipotong.
  6. Tambah garam dan gula secukupnya.
  7. Taburkan bawang goreng.
  8. Tutup api setelah siap masak.
  9. Untuk hidangan, taburkan daun sup dan cili merah yang telah dipotong.

 

Siap sudah resepi sup ayam ni. Cara buat resepi ni pun mudah tapi kalau dah belum cuba buat memang rasa susah. Buka api, campak-campak bahan dah siap. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami dah sediakan video untuk korang kalau korang tak tahu macam mana rupa bahan buat resepi ni.

Video Cara Buat Resepi Sup Ayam:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *