Resepi Pizza Style Bujang

| December 23, 2019 | 0 Comments

Resepi  Pizza Style Bujang|Assalamualaikum semua. Anda yang pengemar makan pizza tu apa kata cuba buat resepi Pizza Style Bujang ni dan tak perlu lah penat-penat pergi ke restoren pizza hut. Resepi sedap dan sekejap nak buat ni sesuai untuk dijadikan makan breakfast, petang atau bila-bila masa sahaja lah. Anak-anak mesti suka. Anda boleh tengok resepi Pizza Style Bujang daripada khairulaming ni dan cuba buat ya!

Bahan-bahan Buat Pizza Style Bujang:

  • Roti gardenia
  • Sos [email protected] sos tomato
  • Bawang merah ( potong kecik)
  • Cheese mozarella
  • Cili benggala (potong kecik)
  • Serbuk lada hitam
  • Hot dog
  • Mentega

Cara-cara buat Pizza Style Bujang:

  1. Sapukan sos pasta pada kepingan roti gardenia dengan secukupnya.
  2. Letakkan bawang merah yang telah potong kecik
  3. Taburkan cheese mozarella
  4. Kemudian, taburkan juga cili benggala pada roti yang telah dipotong kecil dan diikuti dengan meletakkan sedikit serbuk lada hitam
  5. Goreng hotdong terlebih dahulu dan potong kecik untuk diletakan pada roti
  6. Setelah bahan-bahan tadi di satukan pada roti, sapukan sedikit mentega pada atas roti.
  7. Masukkan roti tadi ke dalam kuali untuk proses mengoreng. Goreng roti sehingga roti nampak garing.
  8. Da siap boleh potong dan makan. Cheese meleleh keluar anak-anak mesti suka.

Tadaaaaa! Resepi Pizza Style Bujang anda dah pun siap. Tak perlu la susah-susah beratur nak pergi ke pizza hut kalau anda dan anak-anak tiba-tiba teringin nak makan pizza. Pizza mudah ni dah boleh buat sendiri jer dekat rumah. Anda yang nak cuba buat resepi ni bolehlah tengok video masakan daripada khairulaming ni ya! Selamat mencuba.

Video Memasak:

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *