Resepi Kek Pisang Menggunakan Periuk Nasi|Assalamualaikum semua. Hari ni min nak kongsikan resepi Kek Pisang Menggunakan Periuk Nasi. Hah! Terkejut tak korang dengar? Boleh ke nak bakar kek guna periuk nasi. Selalu kita dengar orang bakar kek guna oven saja kan. Tapi kali ni berbeza cara sikit nak buat kek ni. Sebab itu, min teringin nak kongsikan resepi daripada khairulaming membuat Kek Pisang Menggunakan Periuk Nasi. Jom cuba!

Bahan-bahan Buat Kek Pisang:

  • 3 biji pisang
  • 2 biji telur
  • 1/3 blok mentega (lebih kurang 80g)
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat soda
  • 1 sudu kecil tepung penaik
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan serbuk koko
  • ½ cawan coklat masakan

Cara-cara Buat Kek Pisang Menggunakan Periuk Nasi:

  1. Leyekkan 3 biji pisang dengan memasukkan 2 biji telur dan 1/3 blok mentega. Kacau sehingga rata
  2. Kemudian, masukkan pula ½ cawan gula, 1 sudu kecil soda bikarbonat , 1 sudu tepung penaik dan ½ sudu kecil garam.
  3. Setelah itu, campurkan sekali 1 cawan tepung gandum dan ½ cawan serbuk koko. Kacau adunan tepung tersebut sehingga rata.
  4. Tuang adunan tepung tadi ke dalam periuk nasi. Pastikan periuk nasi tersebut telah di sapu dengan sedikit mentega ya.
  5. Tekan button cook untuk masak kek. Kemudian bila dah bertukar ke warm , biarkan rehat selama 20-25 minit.
  6. Ulang step memasak tersebut sebanyak 2 kali.
  7. Make sure total cook + warm adalah selama 50 minit.
  8. Kalau nak tahu kek dah masak, cucukkan lidi di atas kek tersebut
  9. Da siap, cairkan coklat untuk dijadikan topping kek dan siap untuk di hidang. (untuk topping anda boleh guna apa saja jenis coklat)

Mudah sahaja kan nak buat kek pisang ni. Hanya menggunakan periuk nasi sahaja dah menjadi kek anda. Jadi resepi ni anda patut cuba buat. Anda boleh tengok video masakan khairulaming ni.

Video Memasak:

https://www.instagram.com/p/B2lE5zzFuym/?utm_source=ig_web_copy_link

<

Kredit : Instagram khairulaming

Share.

Leave A Reply