Resepi Popia Nestum Mudah Buat

| December 18, 2019 | 0 Comments

Resepi Popia Nestum Mudah Buat | Hai, assalamualaikum semua. Hari ni kami nak kongsikan resepi yang mudah saja untuk dibuat iaitu resepi popia nestum. Resepi oleh khairulaming. Jom lihat bahan-bahan.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu tepung
  • 3 sudu air
  • 15 keping kulit popia
  • 1 cawan nestum
  • 1/2 cawan horlicks
  • 1/3 cawan gula kastor

Cara Buat Resepi Popia Nestum:

  1. Masukkan 2 sudu tepung gandum dan 3 sudu air ke dalam mangkuk dan gaul.
  2. Potong 15 kulit popia kepada dua bahagian.
  3. Ambil sekeping kulit popia dan gulung guna straw.
  4. Lekatkan hujung kulit popia yang digulung guna adunan tepung tadi.
  5. Ulang langkah yang sama kepada kulit popia yang lain.
  6. Potong gulungan popia secara serong dan goreng 30 saat.
  7. Ambil mangkuk dan masukkan 1 cawan nestum, 1/2 cawan horlicks dan 1 cawan gula kastor.
  8. Kisar campuran tadi hingga hancur.
  9. Gaul popia dengan bahan yang telah dikisar tadi.

Okay dah siap resepi popia nestum ni. Resepi ni kalau kita buat sebagai kudapan hari raya mesti seronok. Tapi dugaan juga lah bila dah kita buat untuk simpan hari raya, ada saja yang ngap ngap dulu. Dalam tak sedar dah habis. Tapi nasib baik resepi ni mudah untuk dibuat. Boleh topup balik kan 😉. Okaylah, selamat mencuba dan menjamu selera. Kami ada sediakan video khas untuk korang yang tidak tahu macam mana cara buat popia nestum ni.

Video Cara Buat Resepi Popia Nestum Mudah Buat:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *