Resepi Cheesekut

| June 10, 2020 | 0 Comments

Resepi Cheesekut | Petang-petang macam ni memang teringinkan makanan-makanan manis kan? Tapi nak makan apa ya? Ha, jom kita buat cheesekut. Cheesekut tu apa? Untuk yang tak tahu, cheesekut tu adalah gabungan cheese dan biskut. Kenapa panggil cheesekut? Sebab bahan yang digunakan adalah creamcheese dan biskut. Tunggu apa lagi, jom tengok resepi.

Bahan-bahan:

1 paket biskut lemak

250 gram creamcheese

1/2tin susu pekat

1 cawan whipping cream

1 cawan susu segar

Nestum

Serbuk koko

 

Cara Membuat:

 Langkah 1

Satukan cream cheese, susu dan whipping cream ke dalam bekas, dan putar hingga kembang.

 Langkah 2

Celupkan biskut ke dalam susu segar dan susun kedalam bekas.

 Langkah 3

Lapiskan biskut dengan creamcheese tadi.

 Langkah 4

Taburkan nestum dan serbuk koko. Ulang sehingga habis.

 Langkah 5

Sejukkan sekurang-kurangnya 2jam. Sedia dihidang.

Kredit: Seminit Resepi

Ha, senang ja tu caranya. Cuma ulang banyak kali saja. Kalau lah tiba-tiba tetamu datang rumah terkejut tergempar, dekat dapur tak masak apa dan teringat dalam peti ais ada cheesekut. Ha, bawak keluar, hidangkan ja dekat tetamu. Mudah saja. Selamat mencuba!

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *