Resepi Chicken Pita Mudah Buat

| January 22, 2020 | 0 Comments

Resepi Chicken Pita Mudah Buat | Hai assalamualaikum. Hari ini kami nak kongsikan resepi chicken pita yang mudah buat. Resepi ni sesuai la untuk anda yang tiada masa untuk masak dan inginkan makanan sihat. Cara membuatnya cukup mudah. Okay jom lihat bahan-bahan resepi daripada khairulaming.

Bahan-bahan:

  • Dada Ayam (Chicken Breast)
  • Garam (salt)
  • 3 sudu sos lada hitam (3 tbsp black pepper sauce)
  • Saderi (sayuran lain pun boleh)
  • Mayo/Dressing/Sauce/etc
  • Lettuce
  • Roti Pita

Cara-cara Buat Resepi Chicken Pita:

  1. Ambil dada ayam, salutkan dengan sedikit garam dan 3 sudu sos lada hitam.
  2. Perapkan selama setengah jam
  3. Setelah itu, goreng ayam yang diperap tadi hingga garing dengan sedikit minyak.
  4. Potong ayam yang siap digoreng dalam bentuk mendadu kecil.
  5. Masukkan ke dalam mangkuk dan taburkan saderi yang telah dipotong.
  6. Tuangkan sedikit mayonis atau sos dressing.
  7. Gaulkan hingga sekata.
  8. Panaskan roti pita dalam kuali dan kemudian potong kepada dua bahagian.
  9. Letakkan salad ke dalam roti pita dan sumbatkan inti chicken pita tadi.

Okay siap pun resepi ni. Cukup mudah untuk dibuat dan cukup sebagai alas perut. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video untuk anda sebagai gambaran cara memasak. Selamat menonton.

 Video Cara Buat Resepi Chicken Pita:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *