Resepi Fudgy Brownies

| January 22, 2020 | 0 Comments

Resepi Fudgy Brownies | Hai assalamualaikum kepada peminat-peminat kek bownies. Hari ini kami nak kongsikan cara membuat resepi fudgy brownies. Mudah saja unuk dibuat dan sedap pula tu. Resepi daripada khairulaming, jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-bahan:

  • 250g mentega dicairkan (250g butter – melted)
  • 2 sudu minyak masak (2 tbsp cooking oil)
  • 1 1/4 cawan gula (1 1/4 cup sugar)
  • 1 cawan gula perang (1 cup brown sugar)
  • 4 biji telur (4 eggs)
  • 1 sudu esen vanila (1 tbsp vanilla essence)
  • 3/4 sudu kecil garam (3/4 tsp salt)
  • 1 cawan tepung gandum (1 cup wheat flour)
  • 1 cawan serbuk koko (1 cup coco powder)
  • 200g coklat masakan (200g chocolate)

Cara-cara Buat Resepi Fudgy Brownies:

  1. Ambil mangkuk, masukkan 250g mentega yang telah dicairkan.
  2. Kemudian masukkan 2 sudu minyak masak dan 1 ¼ cawan gula.
  3. Masukkan 1 cawan gula perang.
  4. Gaul adunan tersebut.
  5. Kemudian masukkan 4 biji telur.
  6. Letakkan 1 sudu esen vanilla dan 4/4 sudu kecil garam.
  7. Kemudian ayakkan 1 cawan tepung gandum ke dalam mangkuk yang sama.
  8. Dan ayakkan 1 cawan serbuk koko.
  9. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
  10. Kemudian masukkan 200g coklat masakan yang telah dipotong.
  11. Gaul hingga sekata.
  12. Tuangkan adunan ke dalam dulang kek.
  13. Bakar pada suhu 175֯ C selama 25-30 minit.
  14. Setelah siap, tunggu hingga sejuk dan potong brownies tersebut.

Siap pun untuk dimakan. Mudah saja untuk buat resepi ni dan sedap pula tu. Selamat mencuba dan menjamu selera. Kami sediakan video untuk korang dapat gambaran penuh buat resepi ni. Selamat menonton.

Video Cara Buat Resepi Fudgy Brownies:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming 

Tags: , , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *