Resepi Telur Masak Kicap

| January 22, 2020 | 0 Comments

Resepi Telur Masak Kicap|Assalamualaikum. Hari ni min kongsikan resepi yang sangat simple, tetapi sedap iaitu resepi Telur Masak Kicap. Resepi Telur Masak Kicap adalah makanan kegemaran kebanyakan orang ni. Kepada anda yang tak ada idea nak masak apa, boleh cuba resepi masakan ni. Confirm anak-anak  suka. Jom kita tengok resepi masakan daripada khairulaming.

Bahan-bahan Buat Telur Kicap:

  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ cawan kicap manis
  • 4 cili padi
  • Lada sulah atau lada putih

Cara-cara Masak Telur Kicap:

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Gorengkan telur dalam minyak yang panas. Goreng telur mata. Da siap letak dalam pinggan
  3. Kemudian, tumiskan ½ biji bawang besar dan 2 ulas bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan ½ cawan kicap manis dan tambahkan sedikit air
  5. Setelah itu, masukkan 4 cili padi yang telah ditumbuk halus dan lada sulah. Kacau sehingga masak.
  6. Da siap… tuangkan kicap atas telur dan makan dengan nasi panas-panas.

Wahhhh… sedapnya resepi Telur Masak Kicap ni kan. Walaupun simple tapi hidangan ni yang paling sedap sebenarnya. Lagi sedap dapat makan dengan nasi panas-panas. Kepada anda yang nak cuba buat resepi ni bolehlah tengok video masakan daripada khairulaming dibawah. Selamat mencuba.

Video Masakan:

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *