Resepi Kek Pisang Kukus | Sebut saja kek pisang ni, semua orang tau macam mana rupa dia. Memang kalau dekat mana-mana majlis pun, mesti ada kek pisang ni. Cuma kadang-kadang orang lagi suka beli daripada buat. Ramai yang tak tau lagi cara nak buat kek pisang ni. Ni ada resepi kek pisang kukus untuk hampa. Nanti bila-bila ada masa boleh buat sendiri.
Bahan – Bahan:
Bahan A :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3/4 cawan minyak masak
Bahan B:
5-6 biji pisang
1 biji telur ayam
1 sudu kecil esen pisang / esen vanilla’
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
Cara – cara :
- Ayak tepung gandum dan baking powder ke dalam satu mangkuk.
- Kemudian masukan minyak masak dan kacau rata.Ketepikan.
- Di dalam pengisar, masukan semua Bahan B ( pisang, telur ayam, esen pisang, gula dan garam). Kisar sehingga semua sebati.
- Kemudian masukan Bahan B yang dikisar ke dalam mangkuk yang mengandungi Bahan A.
- Kacau rata dengan cara kaup balik sahaja. Kemudian masukan ke dalam loyang pengukus.
- Panaskan periuk pengukus.
- Kukus bancuhan kek pisang selama 40 minit. Siap dan boleh dihidang.
Kredit: malay kitchen
Ha, amacam? Sempoi habis la. Cara nak buat tu bukannya susah mana pun. Lepas saja siap masak, tak sempat nak tangkap gambar dah habis licin dah anak-anak pakat makan. Terus puji ibu buat kek sedap. Ha, ibu pun kembang semangkuk la. Lepas ni setiap hari nak buat. Apa-apapun selamat mencuba.