Resepi Kuih Koci Sedap

| July 2, 2020 | 0 Comments

Resepi Kuih Koci Sedap| Assalamualaikum salam sejahtera kepada pembaca. Semoga hari ini semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria ya? okay baiklah hari ini saya nak share satu resepi warisan kita ni. Ha nak tahu resepi apa? Resepi yang saya nak sharekan kepada anda adalah resepi kuih koci yang sangat sedap tau. Siapa peminat kuih koci ni mesti tahu rasa kesedapan kuih comel ni. Ha, siapa yang nak mencuba sendiri cara buat kuih koci boleh la tengok resepi ini. Marilah cuba ya.


Bahan-bahan (inti):
– 200g gula melaka
– 250ml air
– Daun pandan
– 1 sudu besar tepung pulut (dibancuh dengan air)
– 200g kelapa parut

Bahan-bahan (adunan tepung pulut):
– 150g tepung pulut
– 100g pulut hitam
– 1/2 sudu kecil garam
– 50ml santan
– 120ml air

Bahan-bahan (santan):
– 50ml santan
– 1/2 sudu kecil garam
– Daun pandan

Bahan-bahan lain:
– Daun pisang (dilayurkan dan disapu minyak)

Cara-cara:
1. Untuk memasak inti, didihkan gula melaka dengan air dan garam.
2. Masukkan bancuhan tepung pulut dan kacau hingga sedikit pekat.
3. Masukkan kelapa parut dan gaul hingga kering.
4. Untuk adunan tepung pulut, kisar pulut hitam hingga halus.
5. Gaul bersama tepung pulut, garam, air dan santan hingga terbentuk doh.
6. Untuk kuah santan, didihkan santan bersama garam dan daun pandan hingga pekat.
7. Bentukkan doh menjadi bebola, leperkan dan masukkan inti kelapa, dan bulatkan semula.
8. Tekankan ke atas daun pisang dan cedokkan kuah santan ke atas kuih koci.
9. Kukus 15 minit.
10. Siap untuk dihidang!

Kredit: Resepi Seismik Makan

Haa,macam mana best kan resepi kuih koci ini? Sekali rasa mesti nak lagi. Jadi marilah kita sama-sama membuat kuih yang sedap ini.

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *