Resepi Mee Sizzling | Waktu-waktu macam inilah yang selalu membuatkan kita lapar kan? Bosan dirumah, tak ada kerja nak buat memanglah selalu lapar. Kalau boleh nak makan makanan yang senang dimasak dan dihidang. Apakata kita cuba buat mee sizzling pulak? Kuah sizzling ni boleh juga kalau dimakan dengan kuey teow mahupun nasi. Sedapnya, terliur pulak apabila terbayangkan rupanya. Jom tengok Resepi.

Bahan tumis:

5 ulas bawang putih

1 inci halia

1/2 bawang holland

5 tangkai cili kering

 

Bahan lain:

Ayam

1 cawan cendawan shitake

3 tbsp sos tiram

5 tbsp kicap manis

Lada hitam

3 tbsp kicap cair

5 tbsp tepung jagung

Air secukupnya

Telur

Sawi

Yee mee

Stok ayam

 

Cara-cara:

1.Hiris atau tumbuk bahan tumisan terlebih dahulu (kecuali cili kering) dan tumis sehingga naik bau.

2.Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair dan juga lada hitam.

3.Masukkan ayam dan cendawan shitake yang telah dipotong kecil. Biarkan sehingga mendidih, lalu masukkan air.

Ikut banyak mana sizzling yang ingin di masak

4.Biarkan menggelegak sehingga ayam cukup empuk. Perasakan dengan stok ayam jika mahu.

5.Kemudian masukkan air tepung jagung dah masak hingga pekat.

6.Di dalam clay pot, masukkan segenggam yee mee dan tuangkan kuah tadi. Masukkan sawi dan pecahkan telur.

Biar sehingga telur masak. Yee mee sedia dihidang.

Kredit: Seminit Resepi

Bila tengok balik cara-cara dia, tak ada lah susah mana pun. Bila dah selalu masak, boleh jadi handal kan. Macam-macam resepi yang nak cuba. Macam mee sizzling ni, kalau dah handal buat, tak payah dah cari kat luar. Boleh masak sendiri. Jimat lagi. Boleh tambah berulang-ulang kali pulak tu. Jom cuba!.

Share.

Leave A Reply