Resepi Sandwish Korea – Korean Street Toast

| June 9, 2020 | 0 Comments

Resepi Sandwish Korea – Korean Street Toast | Asyik-asyik makan sarapan yang sama saja setiap hari. Bosan lah, dah tak ada menu lain ke ibu? Tanya si anak dekat ibu. Ibu pun cakap dah tak tahu nak masak apa. Apakata kalau kita cuba buat Sandwish ala-ala korea pulak dekat anak-anak. Mana tahu tiba-tiba anak suka. Boleh juga kalau nak makan masa layan cerita korea dekat tv tu. Baru ada feeling orang korea sikit kan. Jom kita tengok resepi.

Bahan-bahan:

2 keping roti

2 Biji Telur

1 bawang besar (dihiris)

1 keping Keju Cheddar

Lobak merah dicincang nipis

Kobis dicincang nipis

Potongan salad atau timun

Mentega mengikut keperluan

Garam mengikut keperluan

Serbuk lada hitam mengikut keperluan

Gula mengikut keperluan

Sos tomato/cili dan mayonis jika diperlukan.

 

Cara-cara:

1. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan garam dan lada. Pukul hingga sebati.

2. Masukkan bawang, lobak merah dan kobis ke dalam campuran telur. Gaul sebati.

3. Panaskan kuali, masukkan mentega dan tuangkan telur dan campuran sayur yang digaul sebati tadi.

Cuba bentukkannya menjadi menjadi segi empat tepat.

4. Terbalikkan telur dadar dengan teliti. Apabila sudah masak, letakkan diatas pinggan.

5. Seterusnya, masukkan sedikit mentega di dalam kuali disusuli dengan roti. Pastikan kedua-dua belah roti masak sepenuhnya.

6. Sekarang, letakkan roti bakar di atas pinggan, taburkan sedikit gula di atasnya, letakkan telur dadar tadi dan taburkan gula lagi,

letakkan kepingan keju diatasnya dengan salad. Lumurkan sedikit sos tomato/cili dan mayonis di atasnya.

Tutup dengan roti yang lain. Dah siap.

Kredit: Who’s Cookin’

Senang saja caranya. Kalau anak-anak ajak pergi berkelah, bolehlah buat untuk jamuan makan seisi keluarga. Sedap sampai menjilat jari. Sandwish bukan untuk sarapan saja, boleh buat untuk minum petang juga. Selamat mencuba.

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *