Resepi Roti Carbonara Enak di Makan.

| June 8, 2020 | 0 Comments

Resepi Roti Carbonara Enak di Makan |Β Assalamualaikum dan hai apa khabar semua? Semoga anda dalam keadaan sihat sejahtera. Entry kali ini saya nak share lagi resepi roti carbonara. Haa sebelum ni carbonara kita makan dengan spegetti ataupun pasta kan. Jadi kali ini kita makan dengan roti pula. Ternyata sedap sungguh ye. Budak-budak pun sukakan roti carbonara. Menambah-nampah lagi tu sebab sedap sangat. Jadi saya lihat video resepi Khairulaming ni mulalah saya nak try buat. Jadi jomlah cuba resepi ini.

 

Bahan-bahan

πŸŒ•Β  1 biji bawang holland (1 holland onion)
πŸŒ•Β  200g isi ayam/ daging cincang (200g ground chicken)
πŸŒ•Β  2 tin kecil sos carbonara (2 small can carbonara sauce)
πŸŒ•Β  1/2 cawan susu segar (1/2 cup fresh milk)
πŸŒ•Β  roti sandwich (sandwich bread)

Cara-cara buat inti carbonara

  • Panaskan periuk
  • masukkan bawang holland sudah dipotong
  • selepas itu masukkan ayam atau daging cincang ( ikut suka hati ) dan kacau sehingga garing
  • kemudian, masukkan sos carbonara (resepi ini menggunakan prego. Tapi tak kisahlah nak pakai jenama apa pun boleh)
  • letakkan juga fresh milk lalu kacau sehingga menggelegak
  • kemudian tutup api dan masukkan kedalam bekas

Cara-cara buat roti carbonara

  • Ambil roti sandwich kemudian uli/lenyekkan bagi roti menjadi kempis
  • kemudian ambil scop aiskrim dan ambil inti carbonara
  • Letakkan atas roti. Letakkan bahagian tengah sahaja
  • lepas itu tutupkan inti dengan roti
  • Ambil cawan lalu tekappakn roti tersebut.
  • Selesai roti tersebut dibentukkan,
  • Kemudian tuang minyak dan panaskan api sehingga panas dan masak.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Kredit : Resepi Khairulaming

Ha mudahkan resepi ini, dah buat ni lagi lagi kanak-kanak mesti nak lagi.Cubalah

Tags: , , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *