Resepi Onion Ring Rangup|Hai semua. Hari ni kami nak kongsikan resepi hidangan sampingan barat iaitu, resepi onion ring rangup. Mudah ja nak buat. Lebih baik buat sendiri daripada beli di kedai. Kalau beli di kedai kan mahal juga harga dia. Untuk ibu-ibu yang ada ramai anak tu boleh jadikan onion ring sebagai snek untuk diorang. Okay, jomlah kita tengok bahan-bahan buat resepi onion ring daripada khairulaming ni.

Bahan-bahan Buat Resepi Onion Ring Rangup:

  • 1 biji bawang kuning/holland (1 onion)
  • 3/4 cawan tepung gandum (3/4 cup all purpose flour)
  • 1/4 cawan tepung jagung (1/4 cup corn starch)
  • Garam (Salt)
  • Lada Hitam (Black Pepper)
  • 1/2 cawan air sejuk (1/2 cup cold water)
  • 1 kotak breadcrumbs (1 box bread crumbs)

Cara Buat Resepi Onion Ring Rangup:

  1. Potong bawang Holland dan ceraikannya satu persatu.
  2. Masukkan ¾ cawan tepung gandum ke dalam mangkuk.
  3. Tambah ¼ cawan tepung jagung, sedikit garam dan lada hitam.
  4. Masukkan ½ cawan air sejuk dan kacau sebati.
  5. Celup bawang Holland dengan adunan di atas.
  6. Kemudian celup dengan breadcrumbs.
  7. Goreng hingga garing.
  8. Hidangkan dengan cili sos. Dah siap!!


Mudahkan buat hidangan ni. Jimat pon jimat. Ring! Ring! Hello mak cik bawang ada tak? Kami nak buat resepi Onion Ring ni. Hehe, okaylah selamat mencuba dan menjamu selera. Kami ada sediakan video untuk sesiapa yang masih kurang faham cara buat resepi ni.

Video Cara Buat Resepi Onion Ring :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming🌿 (@khairulaming) on

“> Kredit: Instagram khairulaming 

Share.

Leave A Reply