Resepi Philly Cheesesteak Versi Bujang | Perut berbunyi tiba-tiba ada kawan call kata nak belanja makan. Jadi kami pun punyalah excited nak siap dan belum sempat nak mandi tengok-tengok air takde. Jadi kami pun menjerit. Argghh!! Dan dari situ kami terjaga dari mimpi. Oh itu semua mimpi rupanya. Jadi kami pun ambil telefon Oppo kami dan lihat senarai call. Hurmm takde sape ke nak ajak kami keluar makan. Kecewanya kami di situ, pergi la kami ke dapur sebab perut berbunyi dari mimpi dibawa ke alam realiti kot. Hurmm lonely betul, jadi bermula la perjalanan memasak resepi Philly Cheesesteak Versi Bujang bersama khairulaming. Eh khairulaming takde tepi kami pun masa masak cuma suaranya yang merdu menemani kami semasa memasak resepi ni. Haha! Tolong buat-buat faham okay. Okay kalau faham, jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan- Bahan:

  1. 1  1/2 biji bawang besar (1 1/2 onions)
  2. 1 biji lada benggala (1 capsicum)
  3. 300g daging yg dipotong nipis (300g steak – thinly sliced)
  4. 1 sudu kecil lada hitam (1 teaspoon black pepper)
  5. Garam secukupnya (salt for seasoning)
  6. 4 keping cheese (4 slices of cheese)
  7. 4 keping roti (4 slices of bread)
  8. Sedikit mentega (a bit of butter)

Cara-Cara Buat Resepi Philly Cheesesteak Versi Bujang:

  1. Potong nipis 300g daging dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Potong 1 1/2 biji bawang besar dan 1 biji lada benggala.
  3. Buka api dan letakkan kuali.
  4. Kemudian masukkan bawang yang telah dipotong tadi dan masak hingga kekuningan.
  5. Setelah itu, masukkan 1 biji lada benggala dan kacau.
  6. Kemudian masukkan daging tadi dan kacau.
  7. Taburkan 1 sudu kecil lada hitam  dan garam.
  8. Kacau hingga sekata.
  9. Kemudian letakkan 4 keping cheese di atasnya dan biarkan cairkan.
  10. Setelah siap, tutup api.
  11. Ambil kuali lain, bakar 4 keping roti yang telah disapu mentega.
  12. Letakkan philly cheesesteak ke atas roti bakar dan apitkan dengan sekeping lagi roti.
  13. Ulang langkah 12 untuk lagi satu hidangan roti.

Siap pun sarapan ala-ala western kami ni. Korang patut cuba buat resepi Philly Cheesesteak Versi Bujang ni sebab sedap sangat. Biasalah kalau ada hidangan yang ada cheese meleleh ni mesti buatkan air liur pun meleleh kan. Kami ada sediakan video dibawah untuk menemani anda yang rasa lonely bila memasak resepi ni. Selamat menonton.

Video Cara Buat Philly Cheesesteak Versi Bujang:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit: Instagram khairulaming

 

Share.

Leave A Reply