Resepi Kurma Shake

| February 6, 2020 | 0 Comments

Resepi Kurma Shake | Hai assalamualaikum, hari ini kami teringin pula nak minum air sedap. Jadi kami pun stalk resepi khairulaming dan terjumpa la resepi Kurma Shake ni. Resepi ni sangat sesuai bila kita bersahur sebab ada oat yang mengenyangkan perut. Kaum wanita yang dah fikir nak berpuasa tu bolehlah cuba buat resepi ni untuk bersahur. Korang patut cuba tau resepi ni sebab kami tidak mahu bagi bayangan langsung rasa resepi ni dekat korang. Haha! Jadi tunggu apa lagi, jom lihat bahan-bahan buat resepi ni.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan oats
  • 2 cawan susu
  • 5 biji kurma
  • Sedikit air

Cara-Cara Buat Resepi Kurma Shake:

  1. Leraikan 5 biji kurma daripada bijinya.
  2. Rendamkan kurma-kurma tersebut dengan sedikit  air selama satu malam.
  3. Keesokannya, ambil mangkuk dan masukkan 1 cawan oats.
  4. Tuangkan 2 cawan susu dan gaul sekata.
  5. Masukkan bahan-bahan yang digaul tadi ke dalam pengisar.
  6. Kemudian masukkan rendaman kurma dengan airnya.
  7. Kisar bahan-bahan tersebut.

Siap pun kurma shake ni. Hidangkan ke dalam bekas yang sesuai. Haa mengancam kan tengok resepi ni. Kurma shake ni memang mengenyangkan dan sesuai untuk bersahur. Selamat mencuba dan selamat bersahur. Kami sediakan video di bawah untuk menemani anda semasa membuat resepi ini. Selamat menonton.

Video Cara-Cara Buat Kurma Shake:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

 

Kredit: Instagram khairulaming 

 

 

 

Tags: , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *