Resepi Puding Kastard Berkuah Manis dan Sedap | Assalamualaikum dan hai. Semoga hari ini dipenuhi barakah dan senyuman korang semua manis-manis je. Jadi untuk menambahkan kemanisan harian kita, mari lah kita mencuba satu resepi sebagai pencuci mulut kita. Resepi yang saya nak kongsikan adalah puding kastard. Puding kastard ini dijamin sedap dan manis jika anda sememangnya penggemar manisan. Tapi selepas kita pekena makanan atau minuman manis, haruslah kita detox semula badan kita okay?  Jadi marilah kita cuba resepi ini kanak-kanak mesti suka.

 

Bahan-bahan untuk membuat puding custard

1 cawan Tepung Kastard
5 cawan Air Masak
1 tin Susu Cair
½ cawan Gula Pasir
1 sudu kecil Garam

Bahan-bahan untuk kuah cocktail 

1 tin Buah-Buahan Dalam Tin (asingkan buah dan airnya)
1 tin Susu Cair
4 sudu besar Gula Pasir
½ sudu kecil Garam
1 sudu besar Tepung Jagung
Air Masak

Cara menyediakan puding

1. Mula-mula didihkan air, masukkan tepung kastard, susu cair, gula pasir dan garam. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul di atas api yang sederhana.

2. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat. Adunan dikacau laju untuk mengelakkan ia berketul. Ia juga harus sentiasa dikacau untuk elakkan hangit. Proses ini mengambil masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api.

3. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.

4. Biar ia sejuk dalam suhu bilik dan setelah sejuk masukkan ke peti sejuk.

Cara menyediakan kuah cockail 

1. Mula-mula masukkan air buah-buahan, susu cair, gula pasir, garam, tepung jagung dan air masak ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kecil.

2. Setelah mendidih, tutup api dan sejukkan.

3. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan air masak mengikut kesesuaian.

4. Setelah selesai memasak, sejukkan kuah dengan suhu bilik dan masukkan ke dalam peti sejuk.

5. Apabila puding custard dan kuah cocktail telah sejuk hidangkan bersama buah cocktail.

Kredit : iCookAsia

Haa macam mana sedapkan? Jadi apa tunggu lagi sediakan bahan dan buat okay?

Share.

Leave A Reply