Resepi Roti Kentang

| June 9, 2020 | 0 Comments

Resepi Roti Kentang | Petang-petang ni kalau lepak dekat belakang rumah pekena kopi ka teh ka best jugak kan. Tapi tu la, roti pulak habis dekat rumah. Kalau tak dah boleh mencicah dah. Ha, Jangan risau. Ni ada Resepi Roti Kentang. Kalau tak pandai nak buat, boleh tengok resepi ni. Mula-mula memang kekok nak buat. Lama-lama nanti pandai lah tu. Boleh buat jual cari side income. Jom cuba.

Bahan roti:

230 gram tepung roti

1 biji telur

1 tspn bread improver

1 tbsp marjerin

125 gram kentang lecek

1 tspn baking powder

4 tbsp gula kastor

70 ml air suam

2 tbsp susu tepung

6 gram yis kering

 

Bahan kastad:

1 biji kuning telur

1 tbsp tepung gandum

100 ml susu segar

Esen vanila

 

Cara-cara:

1.Satukan air suam dengan susu tepung, kemudian tuangkan yis kering. Kacau rata dan biarkan seketika

2.Di dalam bowl bersih, satukan kesemua bahan lain. Uli sehingga menjadi bread crumb.

3.Apabila adunan yis sudah kembang, masukkan ke dalam bowl. Uli selama 10 minit jika menggunakan mixer.

4.Perapkan adunan selama 30 minit, kemudian uli lagi 10 minit.

5.Apabila adunan sudah kembang, bulat-bulatkan doh dan susun ke dalam loyang.

Perapkan sehingga kembang.

6.Sementara itu, buat adunan kastad.

7.Satukan kesemua bahan dan masak sehingga pekat.

8.Sapukan kuning telur ke atas doh tadi, dan paipkan dengan kastad.

9.Bakar 160 selama 30 minit atau keperangan. Sejukkan dan sedia dihidang

Kredit: Seminit Resepi

Ha, macam mana? Senang ja kan. Mula-mula mungkin la rasa payah sikit. Tapi bila lama-lama dah mahir, pejam mata pun jadi. Pi la masuk dapur buat untuk mencicah petang ni. Selamat mencuba!

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *