Resepi Roti ‘Gardenia’.

| June 2, 2020 | 0 Comments

Resepi Roti ‘Gardenia’| Assalamualaikum dan hai. Kalau musim Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ni mesti orang tanya pasal roti Gardenia. Dekat kedai runcit mesti sekejap je habis. Jadi min nak korang juga untuk membuat sendiri roti benggali ini. Resepi roti ini bukanlah susah malah mudah untuk dibuat dan juga memberikan roti dipotong cantik dan tidak pecah. Jadi, marilah kita cuba resepi roti Gardenia ini.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk (bancuh air) :
    • 1/2 cawan / 125ml air suam
    • 1 1/2 sudu kecil serbuk yis segera
    • 1 sudu besar gula kastor
  • Bahan-bahan untuk lain :
    • 2 3/4 cawan / 350g tepung gandum atau tepung roti
    • 1 sudu besar gula kastor
    • 1/4 sudu kecil garam halus
    • 1 sudu besar shortening (Che Nom ganti majerin sebab takde)
    • Air suam dalam 30ml , tambah sedikit demi sedikit smpai jadi doh jika perlu

Cara Penyediaan:

  1. Bancuh yi, tuang air suam kemudian masukkan serbuk yis segera.
  2. Tambah gula, kacau larut dan tunggu sehinga 2 atau 3 minit.
  3. Masukkan tepung gandum/tepung roti dalam mangkuk adunan.
  4. Masukkan baki gula dan garam.
  5. Kacau rata adunan agar garam bergaul rata dengan tepung.
  6. Masukkan bancuhan yis tadi.
  7. Tambah baki air sedikit demi sedikit hingga doh lembut.
  8. Angkat dan uli rata atas permukaan yang rata.
  9. Kalau melekat, teruskan uli dalam 5-10 minit.
  10. Kalau perlu tambah tepung sikit, jangan banyak sangat nanti keras pulak.
  11. Tambah magerin Planta dan uli sekata.
  12. Buat bulat dan masukkan dalam mangkuk yang disapu magerin sikit.
  13. Tutup dengan plastik clingwrap atau tuala dapur.
  14. Biarkan doh naik dua kali ganda.
  15. Bila doh dah naik, keluarkan dari bekas dan uli sikit lagi biar udara keluar.
  16. Sapu loyang dengan majerin.
  17. Bahagi dua doh, kalau tak nak bahagi, masukan doh dalam loyang yang besar.
  18. Rehat doh sampai doh naik 2 kali ganda sebelum bakar.
  19. Bakar suhu 200 degree Celsius selama 35 minit atau keperangan, setting api ATAS BAWAH. .
  20. Kemudian angkat keluar.
  21. Sapu permukaan roti panas dengan majerin.
  22. Keluarkan roti masa masih suam.
  23. Potong dengan pisau berjeriji tajam.

Tips:

  • Kalau yis tu berbuih maknanya yis tu aktif, kalau tak ada buih maksudnya yis tu dah rosak.
  • Kacau rata adunan agar garam bergaul rata dengan tepung, kita tak nak yis mati bila terkena direct contect dgn garam.
  • Keluarkan roti masa masih suam, sebab takut bahagian bawah meruap dan jadi lembik.


Kredit : Resepi Che Nom

 

Tags: , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *