Resepi Roti Golok Gebu, Lembut dan Sedap

| June 2, 2020 | 0 Comments

Resepi Roti Golok Gebu, Lembut dan Sedap| Assalamualaikum dan hai. Hari ini saya nak berkongsi resepi Roti Golok pastinya Gebu, Lembut dan Sedap. Resepi ini pernah menjadi viral suatu ketika kerana roti tersebut menjadi pilihan ramai oleh semua peringkat usia. Bagi mereka yang ingin mempelajari cara membuat Roti Golok, jom kita cuba resepi mudah ini. Anak-anak pasti suka.

 

Bahan-bahan untuk Roti golok

Bahan A:

  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar yis (1 peket)

Bahan B:

  • 4 cawan tepung roti @ tepung high protein @ tepung gandum
  • 1 sudu kecil pelembut roti
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu tepung (optional)

Cara-cara:

  1. Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik. (lebih kurang 15-20 minit)
  2. Campurkan ke semua bahan B ke dalam mangkuk besar. Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Tuang bahan A ke dalam bahan B. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Lagi lama uli roti akan jadi lagi lembut.
  4. Rehatkan doh selama lebih kurang 1 jam @ naik 2 kali ganda.
  5. Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 untuk sebiji roti. Buat memanjang dan pintal-pintal.
  6. Susun dlm loyang. Letak jarak-jarak kerana doh akan mengembang lagi.
  7. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda.
  8. Sementara tu panaskan oven. Bakar pada suhu 180°c selama 20-25 minit atau sehingga keperangan.
  9. Apabila roti sejuk, sapukan butter dan taburkan gula halus mengikut citarasa masing-masing.

Nota :

  • Adunan roti ini juga boleh digunakan untuk membuat roti lain seperti roti cheese, roti Sosej dan sebagainya.

Terdapat video daripada Buat Orang Lapo ini  mungkin lagi mudah untuk membuat roti golok.

Kredit: Buat Orang Lapo 

Ha nampak sedap kan? Selain atas roti disalut mentega dan gula, terdapat pelbagai perisa yang sedap dan menarik. Ada juga perisa oreo, strawberry, coklat dan sebagainya mengikut citarasa tersendiri. Selamat mencuba

Tags: , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *