Resepi Salted Egg Cornflakes| Assalamualaikum semua. Hari ni kami teringin nak kongsikan resepi Salted Egg Cornflakes. Selalu kita dengar cornflakes madu jer kan ? rasa bosan lah pula. So, apa kata hari ini kita cuba buat resepi Salted Egg Cornflakes sebagai kudapan anda pada bila-bila masa sahaja. Rasa Salted Egg Cornflakes yang crunchy, masin, pedas dan berlemak memang sedap. Jom kita tengok resepi ni daripada khairulaming.
Bahan-bahan Buat Salted Egg Cornflakes:
- 8 biji telur masin (isi kuning)
- 3 sudu mentega
- 5 tangkai cili
- Daun kari
- ½ kotak cornflakes
Cara-cara Buat Salted Egg Cornflakes:
- Mulakan dengan merebus 8 biji telur itik sehingga air mendidih.
- Bila da masak, keluarkan kuning telur sahaja dan hancurkan sehingga rata.
- Kemudian, cairkan 3 sudu mentega dalam kuali. Kacau sehingga mentega cair sepenuhnya.
- Masukkan 5 tangkai cili yang telah potong kecil dan daun kari. Kacau lagi.
- Masukkan salted egg tadi. Kacau sehingga kembang dengan api yang perlahan.
- Biarkan sekejap dan masukkan cornflakes.
- Kacau sehingga betul2 rata ya ! risau nanti ada bahagian cornflakes yang banyak perisa masinnya. Hehe.
- Bila dah kacau rata, letakkan dalam loyang. Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 10-15 minit.
- Da siap, letakkan dalam satu bekas dan sedia untuk di makan. Hehehe.
Resepi Salted Egg Cornflakes yang sedap mudah, rangup, masin, pedas, dan berlemak akan mempengaruhi diri anda untuk cuba! Resepi menarik ni anda patut lihat video masakan daripada khairulaming di bawah ni. Belum buat dah mempengaruhi anda. Ok lah. Selamat mencuba. 🙂
Video Memasak:
View this post on Instagram
Kredit : Instagram khairulaming