Sebab Megapa Daging Kambing Lebih Berkhasiat Dari Daging Lain | Masyarakat sering beranggapan bahawa daging kambing mengandungi kolesterol yang tinggi dan akan membuat badan kita terasa ‘panas’ di samping punca terjadinya penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Namun begitu, tahukah anda bahawa daging kambing sebenarnya mempunyai banyak manfaatnya? Malah daging kambing mempunyai banyak kelebihan berbanding daging-daging lain yang berada di luar sana.
Antara kebaikannya adalah:
1. Komposisi khasiat daging kambing lebih baik jika dibandingkan dengan daging-daging lain
Kajian yang dijalankan Kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama atau Alabama Cooperative Extension System (ACES) menunjukkan daging kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik berbanding daging lembu, biri-biri, khinzir dan ayam.
- kolesterol rendah – kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
- lemak rendah – Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
- kalori rendah – Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
- lemak tidak tepu – kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
- asid amino – sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
2. Bukan penyebab sakit jantung bahkan daging kambing baik untuk jantung
Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik. Seperti yang diketahui, lemak tepu boleh mengakibatkan saluran darah tertutup, seterusnya mengganggu fungsi jantung serta berisiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi dan stroke.
- Kajian klinikal oleh Universiti Harvard mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu yang terdapat pada daging kambing baik dari segi membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi.
- Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah walhal lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.
- Penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.
3. Daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik
- Vitamin B12 semulajadi yang tidak teroksida (anti-oxidant) juga terdapat dalam daging kambing amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit serta mencantikkan kulit.
- Vitamin B12 daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
- Membantu merawat masalah seperti psoriasis, ekzema atau jerawat. Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit.
4. Kandungan zat mineral susu kambing lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna pada semua
- Ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.
- Mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu dan baik untuk mengatasi masalah obesiti.
- Boleh mengatasi masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik selepas susu ibu. Ia sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi.
- Baik untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.
Sumber: SAYS