Seorang Lelaki Tunjuk Jari Bawa Motosikal Lawan Arus Nyaris Rempuh Kereta | KUALA LANGAT – Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal melawan arus di persimpangan lampu isyarat sekitar Sungai Manggis di sini, Sabtu lalu dengan alasan mahu mengambil ubat di rumah lamanya memakan diri selepas ditahan polis.

lawan arus

Kedua-Dua Tidak Pakai Topi Keledar

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kejadian itu dikesan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat selepas mengesan satu video tular di media sosial.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada jam 4.08 petang dan penunggang berusia 55 tahun itu dikesan turut membonceng isterinya yang berumur 50 tahun di mana kedua-dua mereka tidak memakai topi keledar.

Tunjuk Isyarat Lucah

“Penunggang terbabit turut menunjukkan isyarat lucah kepada pengguna jalan raya lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis telah pergi ke rumah individu terbabit di sekitar daerah ini pada keesokan harinya dan telah dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Polis juga telah memberi nasihat atas tingkah laku yang dilakukan mereka,” ujarnya.

Tambah Ahmad Ridhwan, semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan demi keselamatan diri dan pengguna lain.

Sumber : SH

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

[VIDEO] Penunggang Motosikal Cuba Lari Lawan Arus Dari Roadblock Rempuh Kereta

Penunggang Motosikal Cuba Lari Lawan Arus Dari Roadblock Rempuh Kereta | Sungai Buloh: Penunggang motosikal bertindak menunggang melawan arus ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya sehingga merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Subang Perdana, kelmarin.

Penunggang Motosikal Cedera Ringan

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian pada 6.17 petang itu menyebabkan penunggang terbabit cedera ringan.

“Siasatan mendapati, penunggang motosikal bertindak demikian kerana takut cukai jalan dan insurans motosikal sudah tamat tempoh.

“Penunggang terbabit cuba berpatah balik dengan melawan arus sebelum merempuh Proton Persona,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, penunggang terbabit mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di klinik berhampiran.

Kedua-dua Pemilik Kenderaan Buat Laporan

“Kedua-dua pemilik kenderaan sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

Terdahulu, video berdurasi 52 saat milik kenderaan terbabit tular yang memaparkan tindakan penunggang motosikal itu.

Sumber : KMN

 

 

BACA JUGA :

Pasangan Suami Isteri Ditahan Bawa Kereta Lawan Arus Cari Bengkel Kereta

Polis menahan sepasang suami isteri di Mambau, Seremban pada awal pagi Isnin selepas memandu kereta secara melawan arus di kilometer 17-19 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, rakaman video berdurasi 32 saat berhubung perbuatan mereka itu tular di media sosial Facebook pada Ahad antara jam 5 hingga 6 petang.

“Berdasarkan rakaman video itu menunjukkan kereta tersebut dipandu melawan arus dari arah Teluk Kemang menghala ke Seremban.

“Bertindak atas maklumat, pada jam 2 pagi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson telah membuat tangkapan terhadap pasangan berkenaan yang terlibat sebagai pemandu dan penumpang, di kediaman mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, hasil soal siasat kedua-dua suspek memaklumkan bahawa kenderaan mereka mengalami masalah di bahagian enjin dan tindakan memandu melawan arus itu adalah untuk mencari bengkel bagi membaiki kenderaan tersebut.

“Kedua-duanya ditahan dan sebuah kereta yang dirakam dalam video tular itu dirampas untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melanggar peraturan lalu lintas yang membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati melalukan kesalahan berkenaan,” katanya.

Video tular dengan kapsyen ‘ bahayakan orang lain’, Lebuhraya Seremban- Port Dickson’ itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pelayar media sosial itu.

Salah seorang pelayar Facebook menulis ‘Mesti dia keluar daripada exit Springhill ni yang dekat sekolah antarabangsa tu’.

Selain itu, seorang lagi pelayar menulis ‘Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson..tolong tangkap si pelaku ni’.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply