Kejadian MENYERAMKAN Ketika Bekerja Shift Malam. | Salam satu hobi kepada semua pembaca. Sudah lama aku tidak menjengah page ini. (Terima kasih admin sebab up kan cerita hingusan aku). Kalini aku terpanggil untuk berkongsi satu lagi cerita bagi aku tidaklah seseram mana cuma pengalaman yang berharga yang patut aku coretkan sebagai peringatan untuk aku khususnya.Waktu Malam

Malam

Ok sebelum tu aku cerita sedikit intro, aku bekerja shift normal di sebuah kilang sekitar utara yang aku rahsiakan nama kilang atas faktor-faktor tertentu. Nak dijadikan cerita, aku diberikan task oleh manager sebab kekurangan support production untuk project baru. Sementara menunggu technician yang akan masuk, aku ditugaskan untuk support plant dan ditukarkan ke shift malam selama 2 minggu berturut-turut.

BEKERJA SHIFT MALAM

Pada minggu pertama, production berjalan seperti biasa. Tiada masalah cuma kadang kala aku geram kenapa project baru, machine semua ditempatkan di plant lama sedangkan plant baru buka lebih sesuai untuk project ni dijalankan. Plant lama memang first tapak pertama kilang ni dibina, sebelum plant2 lain dibangunkan. Agak usang, tapi facility dijaga dengan rapi. Banyak cerita yang tidak enak yang aku dah dengar sepanjang bekerja disini oleh orang-orang lama. Antaranya ada sebab kenapa plant ni sudah lama tidak beroperasi dan ditutup, tak dapat aku kongsi atas sebab privasi.

Operator aku juga pernah cerita dekat aku pasal plant lama ni memang tempat keras. Sampaikan gangguan terjadi tak kira waktu, siang kena malam lagi lah kena ganggu. Sudah jadi normal harian bila operator tiba-tiba saja jerit tak tentu pasal. Manager tempat aku pun dah lali dengan keadaan ni, sehinggakan tiba-tiba officemate menjerit dia boleh buat tak tau saja. Manager aku orang cina, dulu dia tak percaya benda-benda ni tapi bila dah selalu terjadi dia pun jadi takut. Sampaikan tiap-tiap Hari dia sembahyang.

OPERATOR SEBELAH TIADA MUKA

Banyak yang aku dah dengar ada yang kata tiba-tiba operator duduk sebelah takada muka, ada yang nampak nenek tua sapu sampah, manager aku pulak biasa nampak operator yang ambil MC sakit datang kerja jalan keliling plant dengan kasut tak pakai. Bila ditegur tak dijawab, agak pelik macam mana dia boleh lepas sekatan guard yang jaga setiap pintu nak masuk plant. Bila manager call operator tu dia terkejut sebab operator tu ada dekat rumah tak datang kerja. Paling famous dekat sini sudah tentu pasal cerita “Nenek kebayan”. Yang Ni aku mintak simpang la banyak-banyak, sampaikan orang lama kata, tak ada lagi pekerja lama yang Tak biasa terserempak dengan dia. Dengar cerita orang lama dia ni suka ganggu pekerja baru. Macam mana dia tau orang Ni baru masuk tu aku taktau. Tapi pekerja yang baru masuk paling kurang sekali mesti akan jumpa kelibat dia.

BERMULA PADA MINGGU KEDUA

Ok, berbalik kepada cerita aku tadi. Untuk minggu pertama tak ada apa2 kejadian aneh cuma aku baru nak biasakan diri untuk kerja waktu malam. Masuk minggu kedua mula lah episode yang buatkan aku tak boleh lupa sepanjang kerja dekat sini. Hari pertama minggu ke2 aku dikejutkan dengan berita plant baru berpuluh2 orang kena histeria. Sampaikan manager plant baru terpaksa panggil polis datang sebab depa tak percaya, orang atas kata operator saja-saja buat macamtu sebab takmau kerja. Maklumlah tak pernah lagi jadi berpuluh2 orang kena histeria sampaikan line production kena stop. Orang atas pulak kejar output.

Polis datang pun takdapat selesaikan masalah cuma dia boleh confirmkan sahaja yang operator ni tak buat-buat kena rasuk. Memang depa ni ramai-ramai kena histeria. Last diaorang call ustaz mai kilang untuk berubat, langkah saja kaki ustaz tu masuk pintu depan kilang, habis satu kilang bising dengan bunyi jeritan operator histeria. Aku pun cepat-cepat langkah kanan tinggal tempat tu, memang meremang habis ada yang menjerit, ada yang menangis ada yang gelak.

Hari ke2, aku jalan production macam biasa. Walaupun dalam hati aku dok berharap sangat malam ni tak ada gangguan tambah-tambah tempat aku jaga. Seperti biasa operator aku rehat pukul 10 malam, selalunya machine aku stop semua dan aku bagi operator rehat sekali. Tapi malam ni aku keluar rehat lewat sikit, sebab machine down jadi aku nak cepat2 buat sementara operator rehat lepas masuk boleh run terus production. Nak dijadikan cerita, aku kalau buat kerja memang tak ingat benda lain dah sampaikan aku tak ingat yang aku duduk sorang-sorang dalam plant tu. Kalih belakang tengok sunyi dah operator keluar rehat. Aku pun malas nak ambik pusing, aku sambung repair machine sorang-sorang.Waktu Malam

BARANG ASYIK JATUH

Masa tengah repair tu aku letak lengki spanar atas meja, asal letak saja jatuh. Aku pun kutip la balik dekat bawah, aku letak atas balik aku sambung kerja. Selang berapa minit, jatuh lagi aku pun masa tu tak pikiaq lagi benda alah ni. Aku kutip spana tu aku letak atas aku tindan dengan benda berat.

Nasib Tak jatuh dh. Selang berapa minit aku dengar pulak macam loceng dok bunyi “kring, kring, kring”. Bila dengar betul-betul macam loceng orang pakai dekat kaki bunyi bila dia menari. Sah, memang dengar tapak kaki orang menari dekat tingkat atas sambil loceng duk bunyi tak henti-henti macam ikut irama.

Tingkat atas tu cuma store simpanan barang untuk production baru, memang tak ada manusia duduk waktu malam. Dok dengar orang menari dekat atas aku stop sat repair machine sambil kaki aku pelan-pelan gostan belakang. Lepaih pada tu, tiba-tiba spanar tadi jatuh lagi habis barang berselerak. Apa lagi aku lari tinggal tak tutup pintu dah dengan aircond biaq jalan macamtu ja. Kasut pun takda tukaq.Waktu Malam

Dengan muka pucat aku lari pi kantin, aku pesan teh tarik, duduk sat baru aku tarik nafas lega. Masa tu fikiran aku kosong, nak kata takut tak nak kata tak takut pun bukan dia. Jadi lost, blurr orang kata..mungkin terkejut kot tapi badan dok ketaq tak habih lagi. Lepas rehat aku masuk balik plant, sambil dok langkah masuk tu aku baca ayatul kursi siap-siap sebagai pedinding. Masuk-masuk saja plant tu, operator aku yang senior ni tanya kenapa aku keluar dengan pintu biar terbuka, aircond tak tutup. Aku cuma buat isyarat jari suruh senyap, dia pun angguk faham.

BUNYI SESUATU

Aku sambung production, tengok jam pun dah pukul 3 pagi, sebab nk bagi hilang mengantuk aku jalan-jalan sambil tu aku dok tengok operator buat kerja. Masa dok jalan2 tu langkah aku terhenti sekejap sebab aku dapat tangkap bunyi seakan akan orang duk “humming”/ “bersenandung”. Bila dengar betul-betul ada suara seakan bunyi macam lagu Siam. Operator aku kebanyakan orang Vietnam dengan Myanmar, Tak mungkin nyanyi lagu Siam. Punca bunyi tu pon kadang dekat kadang jauh, kadang dia bunyi macam duduk sebelah telinga kita saja. Aku pun tanya la bisik-bisik dekat kak Vietnam tu, hang dengar dak ada orang nyanyi. Dia pulak balas balik letak isyarat jari suruh senyap. Dia pun dah agak dah, ingat dia sorang yang dengar bunyi tu.Waktu Malam

BULU ROMA MENCANAK

Keesokan tu aku cerita dekat officemate aku, apa yang dia cerita ni buatkan bulu roma aku naik mencanak. Dia kata dulu boss besar kilang ni ada panggil bomoh Siam buat sembahyang dekat tempat ni sebab depa percaya tempat ni takda “Ong” maklumlah plant lama ni pun nama dia plant 4. Kawan aku cakap bomoh Siam tu siap menari nari lagi macam orang kena rasuk dengan gelang penuh dekat kaki Dan tangan. Hmm, terjawab semua persoalan aku semalam.

Berhenti setakat ni sahaja cerita aku, cuma last nak bagitau aku pun biasa terserempak dengan “nenek kebayan” famous tu, cuma aku malas nak cerita lagi dekat sini takut panjang berjela nanti hangpa semua bosan. Lain hari saja nuh. Salam jumpa lagi …

kredit : FiksyenShasha

Share.

Leave A Reply