Hidup Berpuak | Hai, aku bersyukur sangat-sangat seandainya confession aku ini tersiar, kerana aku memerlukan sokongan dan dorongan ketika ini. Apapun ini adalah confession aku yang pertama, jadi aku memohon maaf jika ayat aku tidak berapa jelas dan sedikit tunggang-langgang.

Berdasarkan tajuk diatas, ini lah yang akan aku ceritakan mengenai kisah
hidup aku. Aku Syahida (bukan nama sebenar), aku merasa cukup bahagia
ketika zaman aku berada di sekolah menengah, segalanya indah, kecuali
peraturan asrama yang agak ketat. Hehe..

Cerita aku bukanlah bermula dengan zaman sekolah menengah aku, tetapi
ingin aku jelaskan ketika aku berada di zaman sekolah menengah, aku
sangat bahagia bersama kawan2 walaupun aku seorang introvert.

Segalanya bermula ketika aku menyambung pelajaran di peringkat diploma
di sebuah ipts. Pada awalnya, kukirakan.. Aku bakal mendapat kawan yang
ramai, kawan yang sekepala, kawan yang boleh lepak2 bersama.

Namun, segalanya hanyalah sekadar angan2. Baru beberapa minggu
bermulanya sem 1, sekumpulan pelajar dari batch aku telah menubuhkan
satu geng antara mereka, yang telah memisahkan mereka dengan orang lain.

Pada mulanya, aku tidaklah kisah sangat.. Tetapi, lama kelamaan mereka
semakin menunjukkan asobiah (berpuak) mereka. Makan hanya bersama geng,
lepak bersama geng, status di up mengenai geng, menyambut birthday
sesama geng, seolah2 mereka akan sehidup sem4ti bersama.

Aku agak terkilan kerana mereka seperti hanya bergaul rapat sesama geng
mereka sahaja. Aku adalah seorang introvert, mustahil untuk aku
memulakan bicara, bergurau mesra, bertepuk2, melepak di bilik yang lain,
aku memerlukan masa untuk rapat.

Aku takut untuk memulakan bicara, tetapi aku akan mula bercakap
seandainya ada yang menegur aku dahulu. Namun, Semudah itu mereka
menubuhkan geng dan memulaukan yang lain

Aku tekad, aku tidak akan menghiraukan mereka, pelajar lain masih ramai.
Aku akan cuba untuk bergaul dengan yang lain. Ada satu hari tu, aku
mencuba untuk bertegur sapa dengan pelajar yang lain, ketika itu petang,
kebanyakannya akan melepak di bilik, aku cuba mendekati dan berbual kosong.

Gembira hati ini apabila kunjungan aku diterima baik,aku bertekad untuk
lebih rapat lagi dengan mereka. Namun, segalanya turut musnah apabila
aku mengetahui mereka juga bergeng,macam mana aku tahu? Mereka juga
mempunyai grup whatsapp sesama mereka.

Impian aku sudah musnah. Untuk pengetahuan korang, batch kami tidak lah
ramai, dalam 60 lebih macam tu je, ye laa.. Ipts, bidang syariah pulak
tu, bukan semua yang berminat.

Suatu malam aku berasa agak lapar, kebetulan roommate aku mahu keluar
makan di kedai makan yang terdekat dengan kolej, cuma perlu berjalan
kaki sedikit untuk sampai, aku meminta kepadanya untuk join sekali.Aku
pun terus bersiap2,

Setibanya di bawah, baru aku perasan, rupa2nya kesemua mereka adalah
geng A (geng pertama yang ditubuhkan) aku mula merasa segan.

Satu perkara yang korang perlu tahu mengenai roommate aku, dia seorang
yang suka meninggalkan aku seorang diri dibilik, kami jarang bercakap,
dan dia sendiri jarang berada di bilik, dan bilik itu hanya menempatkan
2 pelajar, jujur aku sunyi..

Sangat sunyi, aku akan bahasakan dia Mawar. Mawar terus bertegur sapa
dengan geng dia dan terus melupakan aku, perjalanan ke kedai makan
tersebut terasa sunyi, masing2 bercakap dengan geng mereka, tinggal aku
sahaja yang berdiam diri mengikuti mereka dari belakang dan dibiarkan
berjalan seorang diri.

Ketika tengah makan, tiba2 seorang daripada mereka mula mengira2 jumlah
batch kami yang tidak mempunyai geng. Satu, dua… Kemudian… Semua mata
tertumpu kepada aku, sedar lah aku ketika itu bahwa hanya tinggal aku
dan dua orang lagi yang tidak mempunyai geng.

Aku sedih, aku hanya menundukkan pandangan kearah mangkuk aku, aku
menguis2 makanan, tekak aku mula merasa perit, perutku tetiba kenyang,
aku menolak mangkuk ketepi. Dalam perjalanan balik, aku berusaha untuk
berjalan beriringan dengan mereka, tetapi tiada siapa yang mempedulikan aku.

Sesampainya aku di dorm, aku terus bersiap2 untuk solat isyak,
memandangkan aku pergi makan sebelum azan isyak.

Tiap kali aku sujud ketika solat isyak, aku menangis, air mata aku
mengalir tanpa dipinta, hati aku sebak.. Sebak sangat2, aku cuba menahan
tetapi gagal. Akhirnya aku membiarkan sahaja ia terus mengalir
memandangkan mawar juga tiada dibilik.

Hina sangat ke tidak bergeng? Adakah membawa dosa? Aku mencuba untuk
bergaul tetapi ini yang aku dapat, penyesalan aku mengikut mereka keluar
makan, biarlah ini yang terakhir kalinya. Sungguh tidak ku sangka,
belajar agama, tetapi masih mengamalkan sikap asobiah.

Pernah sekali aku tidak mahu pulang kerumah pada hujung minggu, saja aku
ingin mencuba, tetapi ia adalah satu pengalaman yang cukup berat bagi aku.

Aku hanya terperuk di dalam bilik, tidak bercakap dengan sesiapa pun,
dalam keadaan lapar hanya makan biskut. Mereka yang bergeng sudah siap2
membawa bahan mentah untuk memasak, hanya aku yang dibiar seorang diri.

Mustahil untuk aku berkunjung kebilik mereka, sudah semestinya aku tidak
dilayan. Ada yang keluar pergi beli mcd, aku tak tahu, sumpah.. Kalau
aku tahu, aku pon mahu mengirim sesuatu, bunyi suara yang riuh sedang
makan2 buatkan hati aku sedih, aku lapar.. Tapi tiada siapa yang peduli.

Hampir setiap bulan, asrama akan didendangkan dengan bunyi lagu happy
birthday to you, tapi tiada satu pun yang aku pernah dijemput untuk
menghadiri, mereka hanya melakukannya sesama geng.. Geng A sambut sesama
mereka, Geng B sambut sesama mereka.

Pada hujung minggu, status akan dihujani dengan gambar mereka sesama
geng keluar jalan2,gambar selfie, gambar makanan, gambar ootd, semua
sekali di up kan distatus, aku terguris, jujur aku katakan.

Aku tiada sesiapa untuk menceritakan hal ini. 2 orang lagi pelajar yang
tidak mempunyai geng adalah mereka yang jenis suka buat hal sendiri,
makan pon rilek je sorang, pergi kedai sorang. Tapi bukan aku, aku
sejenis yang memerlukan teman.

Aku tidak berniat mahu menceritakan ini semua kepada ibu bapa aku,
walhal ibu aku menganggap aku mempunyai kawan yang ramai, setiap kali
aku akan ke asrama, ibu menyuruh aku membawa bekal yang banyak supaya
aku dapat makan bersama kawan2, yang hakikatnya aku makan semuanya
sendiri kerana aku tiada sesiapa untuk diajak.

Pernah sekali ibu membawa ayam goreng yang banyak, kebetulan ada
beberapa orang yang lalu lalang di depan bilik aku, terus aku mengajak
mereka masuk.

Suasana menjadi amat riuh dan aku sukakannya, sebelum ini bilik aku
sunyi sepi dan aku hanya bercakap dengan dinding, sekarang ini, bilik
aku riuh dengan suara manusia. Tetapi ia tidak lama, selepas ayam
dihabiskan, semua beredar dan keadaan bertukar kepada asal.

Terkadang aku merasa d3pr3ssed dan down sangat2 tiap kali aku melihat
status mengenai geng mereka, screenshot perbualan mereka dalam group
khusus, video yang diedit bersama gambar2 mereka, aku menginginkan
perkara tersebut.

Aku menginginkan kawan, hidup aku sangat sepi, whatsapp aku sendiri
sunyi dan aku bukanlah seorang yang bercinta atau in relationship. Aku
sorang2 kena hadap benda ni, takda sesiapa disisi aku untuk tenangkan
hati aku.

Aku menganggap inilah ujian untuk mendapatkan diploma. Aku pernah
terbaca satu artikel ini, dia bagitau.. Perempuan memang tiada kes buli,
tetapi mereka dibuli dari segi mental bukan fizikal, yesss.. Aku
mengalami ia sendiri, aku merasa cukup tertekan dan down disebabkan aku
tiada kawan.

– Syahida (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply