Solat Janjikan Kejayaan | Assalammualaikum. Nama aku Zafi (Bukan Nama Sebenar). Aku nak cerita tentang pengalaman hidup aku mengenai solat.

Dari dulu aku ni budak paling nakal. Sampai aku di katakan punca kepada

budak lain jadi nakal sama. Bila semua cikgu cakap macam tu lagilah aku

galak tunjuk hebat, hisap rokok masa sekolah rendah. Aku peduli apa, ada

aku kisah?

 

Keputusan UPSR ke laut dalam. Aku banyak buat masalah sehinggalah

keluarga hantar jauh untuk aku belajar kat Negeri Sembilan.

 

Macam culture shock aku jadi paling pendiam sebab ada lagi otai dari aku

kat sana. Berentap aku pula kena tibai, padan muka. Dulu buat orang

boleh, sekarang padan muka.

 

Aku tahu aku ni unik tapi aku tak tahu macam mana nak persembahkan

keunikan itu. Unik aku sampai semua cikgu pulau aku masa kat sekolah

agama termasuk seorang ustaz.

 

Masa tu aku dah mula nak dekatkan diri untuk belajar agama. Tapi itulah

ustaz tak nak ajar. Wakil sekolah bola ustaz tak nak bagi aku main.

Dengan berani aku pergi tanya sebab apa tak boleh main. Tiada sebab.

Hilang sabar aku di buatnya!.

 

Aku belajar sendiri sambil tengok buku kadang-kadang hujung minggu tanya

pak cik yang kerja ustaz kat melaka. Dia jarang balik negeri sembilan,

aku belajar asas.

 

Nikmat dia memang lain bila kita solat dengan penuh ikhlas. Tapi itu

sementara, sebab habis belajar aku sambung belajar kemahiran dan mula

bekerja. Masa bekerjalah solat aku jadi tunggang langgang.

 

Aku kerja 3 tahun berhenti kerja ambil risiko buka bisnes. Tapi bisnes

aku macam tak boleh pergi jauh naik jatuh naik jatuh. Bila aku renung

balik, SOLAT itu ke kunci dia? Aku selalu tertanya-tanya.

 

Allah SWT tu Maha Kuasa. Serius Maha Bijaksana juga. Allah uji dengan

kehadiran duit RM300 orang tercicir waktu aku sendiri tak berduit.

 

Aku serba salah untuk ambil jadi aku letakkan betul-betul di celah pintu

kereta sebelum blah. Walau nak blah aku masih tengok duit tu, aku memang

perlukan sangat-sangat. Oh ya, masa ini aku dah kahwin dalam setahun

jugalah.

 

Esoknya khabar gembira sampai sebab aku dapat projek site kontraktor

RM3000. Aku lupa tentang RM3000 jadinya perlahan-lahan ujian datang

kembali dengan RM3000 tak ada makna tanpa kita bersyukur susut sekejap saja.

 

Ujian datang kali ni lebih teruk sebab pekerja buat khianat. Tapi aku

still sabar dan mula terdetik nak belajar agama lagi. Dan macam yang

sebelum ni atas kesabaran.. dua pelanggan datang dengan nilai dua kali

ganda. Alhamdulilah!

 

Masa tu aku terduduk, Allah Maha Besar. Ujian itu datang untuk lihat

bagaimana kita hadapinya. Aku pun mula bertatih jaga solat balik. Aku

terpegun. Bila kita sayang Allah, Allah akan sayang kita. Bertalu-talu

masuk panggilan telefon perihal projek.

 

Aku menangis setiap kali solat, aku sekarang ada syarikat yang tak

berapa besar tapi cukup untuk isteri dan aku serta beberapa pekerja

indonesia yang aku tolong sebab majikan lama mereka tindas dengan gaji

tak bayar dua bulan, gaji tak cukup. Banyaklah dugaan depa.

 

Yang aku nak sampaikan di sini, SOLAT. SOLAT jaga. Apa yang di suruh ibu

dan ayah kita adalah benda baik walaupun satu masa dulu kita marah

sangat pada mereka sebab suruh solat.

 

Ibu ayah kita lebih tahu konsep ‘Bila kita jaga Allah, Allah akan jaga

kita’. Dengan SOLAT kita akan rasa lebih tenang. Allah SWT sayang kita

sebenarnya..

 

– Zafi (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply