Subuh Pertama Di Masjidil Haram Tanpa Penjarakan Fizikal | Khalifah Media Network – Dikhabarkan bahawa solat jemaah Subuh pada hari ini di Masjidil Haram di Makkah, telah berlangsung dengan kapasiti penuh jemaah dan tanpa penjarakan fizikal selepas Arab Saudi melonggarkan sekatan Covid-19, baru-baru ini.
Menurut Setiausaha Agung Hal Ehwal Masjidil Haram, Dr. Saad Mohamed Al-Muhaimid, persediaan dibuat untuk pengoperasian penuh masjid itu. Dalam masa sama memastikan keselamatan semua jemaah terjamin.
Walaubagaimanapun, beliau menyatakan bahawa jemaah tetap perlu memakai pelitup muka. Ketika mengunjungi masjid suci itu dan mendaftar bagi umrah dan solat menerusi aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna.
Sebelumnya, pekerja penyelenggaraan dilaporkan sudah mula menanggalkan pelekat jarak fizikal di lantai masjid. Sekali gus menandakan berakhirnya fasa solat dengan jarak antara satu ke dua meter antara jemaah berikutan pandemik Covid-19.
Bermula hari ini, dilaporkan bahawa kerajaan telah menetapkan bahawa penjarakan fizikal bukan lagi mandatori dalam perhimpunan sosial. Serta di tempat awam di Arab Saudi, termasuk dalam pengangkutan awam dan di restoran, panggung wayang serta pusat beli belah.
Kelonggaran ini turut membabitkan pemakaian pelitup muka. Yang mana ia tidak wajib kecuali di tempat tertentu termasuk dua masjid suci yakni, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah.
Sumber: Harian Metro
Tular Video Pekerja Tanggalkan Penanda, Masjidil Haram Benarkan Solat Rapat-Rapat Mulai Hari Ini | Khalifah Media Network – Solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula hari ini.
Demikian antara enam perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terbaharu yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Jumaat.
Baca selanjutnya Di Sini…