Ayam goreng KFC merupakan salah satu makanan segera yang menjadi pilihan orang ramai tidak kira golongan umur. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini saiz ayam yang kecil telah mendatangkan kegusaran orang ramai.
Terbaharu, YB Lim Lip Eng terkejut apabila mendapati saiz ayam goreng yang dibeli di KFC cumalah sebesar peket sos cili sahaja.
“Saya ada terlepas apa-apa ke?” ujar beliau yang sudah lama tidak makan KFC dan tertanya-tanya sama ada saiz ayam goreng itu merupakan saiz standard pada masa sekarang.
Saiz lebih kurang paket sos. Saya dah lama tak makan @KFCmalaysia, adakah ini standard size ayam goreng sekarang? Saya ada terlepas apa-apa ka? 😅 pic.twitter.com/dVkTj4TB0n
— LIM LIP ENG (@limlipeng) January 15, 2023
Ciapan beliau menerima maklum balas daripada netizen yang sudah cukup kecewa dan ‘patah hati’ untuk membeli ayam goreng dari restoran makanan segera itu.
Nyata orang ramai, saiz ayam goreng pada ketika tidak ubah seperti saiz ‘burung puyuh goreng’. Lebih-lebih jika pelanggan mendapat bahagian drumstick.
Netizen turut meluahkan kekecewaan kerana kenaikan harga set KFC dengan saiz ayam goreng diterima adalah satu perkara yang amatlah tidak boleh dikompromikan.
Agreed that KFC is hopeless and taking consumers for a ride. I rather eat ayam goreng berempah from roadside stalls. Better value for money! #Malaysia https://t.co/YUenHCAE2a
— KammoSiWong (@KammoSiWong) January 15, 2023
“KFC? Lupakan terus YB. Lebih berbaloi Texas Chicken atau Marry Brown,” @Delostkin.
“Haritu pun dapat macam ni, kita ni bersyukur tau tapi tapi kita bayaq mahai kot,” @mimimarvel11.
“Kalau macam ni punya gaya, lebih elok KFC berniaga cendawan goreng tepung,” @lehkewl.
Orang ramai turut menyarankan YB untuk membeli ayam goreng dari beberapa tempat lain yang mereka berpendapat ianya jauh lebih berbaloi.
Dalam pada itu, melihat ciapan-ciapan lain di Twitter @KFCMalaysia, ramai yang mempersoal dan berkongsi gambar saiz ayam goreng yang mereka dapat, sangat kecil bersaiz lebih kurang tapak tangan orang dewasa.
seyes lah @KFCmalaysia ni kepak ke apa??? roti lagi besar hahaha lain macham ea sekarang pic.twitter.com/cn8sXHAd7t
— 🏴🏴🏴fatinsyazwani🏴🏴🏴 (@waniedha) January 7, 2023
Ada juga yang menerima ayam goreng yang saiznya jauh lebih kecil daripada roti. Bahkan ada yang dapat ayam sebesar penutup bekas mashed potato dan coseslaw.
Jika anda menghadapi situasi seperti ini, jangan panik. Boleh cuba dahulu saranan bekas pekerja KFC yang berkongsi tindakan-tindakan pelanggan boleh lakukan jika mendapat ayam bersaiz kecil di KFC.
Sumber: The Vocket
Baca Juga: KFC Mohon Maaf, Menu Utama Kehabisan Stok Buat Sementara Waktu
Sejak kebelakangan ini, KFC sering menjadi ‘buah mulut’ masyarakat apabila banyak menu utama mereka kehabisan stok.
Terbaru, dalam satu tweet yang dikirim pada 13 Februari, seorang individu di laman Twitter mengadu kepada KFC kerana menghadapi kesukaran untuk membuat pesanan melibatkan menu ayam goreng. Bukan itu sahaja, ada beberapa lagi individu yang mengadu perkara yang sama.
Bagaimanapun, perkara ini disambut baik oleh pihak KFC Malaysia dan menjelaskan perkara yang sebenar berlaku sejak Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan.
Pihak KFC memohon maaf dan mengatakan mengalami ganguan rantaian bekalan global akibat pandemik.
Besar harapan pihak KFC Malaysia dapat mencari penyelesaian altenatif bagi memuaskan pelanggan mereka, memandangkan jenama itu amat dekat dengan hati penduduk Malaysia.
Sebagai pelanggan, kita juga perlu faham dengan situasi yang berlaku dan harap bersabar.
Sumber: KMN