Teksi ‘Terbang’ Tanpa Pemandu Bawa Anda Menikmati Hidangan Mewah | Sebagai seorang traveler, lokasi sebegini sudah pasti menjadi lokasi idaman bagi mereka untuk merasai pengalaman menikmati hidangan mewah di restoran yang dapat mensajikan pengalaman yang menakjubkan.

Hal ini telah dijanjikan oleh Syarikat Ehang Holdings, sebuah syarikat pesawat tanda pemandu serta arkitek di Giancarlo Zema Design Group (berpengakalan di Rom, Itali) di mana pelancong akan diterbangkan ke menara setinggi 100 kaki menggunakan teksi ‘terbang’ tanpa pemandu seperti menara pencakar langit yang lain.
Menurut media antarabangsa, ‘Vertiports’ iaitu sebuah menara akan dibangunkan serta membolehkan teksi tanpa pemandu mendarat di menara tersebut, selain menyifatkan ia sebagai lebih ‘mesra alam’. Menara tersebut bakal berkonsep restoran makanan mewah dan ia membolehkan para pelancong untuk menikmati kehijauan belantara serta berlatarkan pergunungan di Itali.
Setelah para pelancong selesai menikmati hidangan di restoran tersebut, mereka akan diterbangkan semula ke hotel atau tempat penginap mereka kembali.
Menurut para pembina ‘Vertiports’, menara tersebut akan dibina dengan kayu berlamina serta keluli malah reka bentuknya juga diinspirasikan oleh Baobab iaitu sebatang pokok lama yang berasal dari Afrika.
Selain itu, di bahagian bumbung setiap menara akan dilengkapkan dengan non-slip panel solar yang dapat menghasilkan tenaga lebih 300 kilowatt setiap hari. Ia membolehkan tenaga yang diperlukan oleh teksi ‘terbang’ tersebut dapat dibekalkan.
“Pembinaan teksi ‘terbang’ direka seperti dron komersial bersama lapan rotor berkembar di bahagian kokprit penumpang. Tidak seperti helikopter tradisional, teksi terbang ini tidak mempunyai pemandu yang perlu dinavigasi malah hanya berkonsepkan “point to point direct flight”, kata para pembina ‘Vertiports’ kepada media.
Lokasi sebenar menara ini masih tidak diumumkan lagi namun konsep sebegini bakal dikembangkan di seluruh Eropah dan juga Asia Tenggara.
Sumber: Astro Awani