Tips Bersihkan Rumah Dengan Berkesan | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Bukan mudah untuk bersih atau kemas rumah kalau tak tahu teknik yang betul. Sangat memenatkan kalau rumah yang baru dibersihkan tak sampai seminggu dah berhabuk semula. Sebenarnya senang sahaja untuk membersihkan rumah dengan mengikuti tips-tips yang diberikan.
1. Supaya Habuk Tidak Melekat pada Perabot
Lap perabot dengan menggunakan bancuhan air dan softener pakaian dengan kadar 1:10 atau 1 bahagian softener dengan 10 bahagian air.
2. Kilatkan Lantai Rumah Sejilat-Kilatnya
Campurkan pencuci lantai dengan cuka dan air panas. Kemudian mop lantai seperti biasa.
3. Mewangikan Rumah
Campur softener dengan cuka. Kemudian spray di sekeliling rumah anda seperti di langsir-langsir dan sofa-sofa jenis fabric. Bau wangi akan tahan lebih lama.
4. Menyegarkan Bilik Air
Campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut ke sekitar bilik air anda.
5. Wangikan Peti Ais
Matikan suis. Keluarkan semua isi dan makanan dari peti ais. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam peti ais. Selepas kering, sapu sedikit esen vanilla ros pada tuala tadi dan sapukan pada keseluruhan peti ais. Tutup peti ais selama 30 minit sebelum memasukkan semula isi dan makanan ke dalamnya.
6. Hilangkan Kotoran Sinki ‘Stainless Steel
Potong lemon menjadi dua, kemudian gunakan lemon tersebut untuk menyental bahagian kerak-kerak di sinki. Campurkan sedikit garam dan gosok menggunakan berus gigi terpakai. Kemudian bilas dengan air panas.
7. Hilangkan Bau Bilik Atau Rumah Yang Baru Dicat
Ambil bawang besar dan potong dua bahagian. Letak di penjuru bilik atau rumah dan biarkan semalaman. Bau cat akan hilang dengan segera.
Sumber: Pen Hitam