TIPS: Hapuskan Kerak Kuali Dengan 5 Cara | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebelum ni bila mak mertua datang je mesti malu bila dia tertengok kuali kita. Sebab bontot kuali hitam berkerak. Cuci guna sabun cuci pinggan biasa tak hilang kerak tu. Pening fikir macam mana nak buat.

Kerak

Kali ini min akan kongsikan macam mana nak kilatkan balik kuali anda sampai anda boleh buat cermin bontot kuali anda tu.

Jom ikuti 5 tips ini:

  1. Guna asam keeping
  • Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar (supaya senang nak rendam kuali atau periuk)
  • Didihkan air asam keping tu sampai mendidih
  • Masukkan kuali atau periuk di dalam air asam, rendam selama 4-5 minit.
  • Angkat kuali atau peiuk, sejukkan lepas itu sental guna sabun dan berus dawai.
  • Masa sental, kurangkan menggunakan air.
  1. Guna sabun cap buruh
  • Kerak
  • Beli sabun cap buruh. Murah sahaja, 10 ketul RM4.50
  • Ambik sabun tersebut dan sentalkan sabun di kuali tanpa menggunakan air.
  • Petua dari kedai-kedai yang jual periuk belanga.
  1. Guna sabun mandi dan sabun labour
  • Dari mula beli kuali, ada mesti lah rajin sental kuali atau periuk guna sabun mandi dan sabun labour.
  • Bila sental gunalah penyental aluminium kasa untuk sental kuali tersebut.
  • Kalua kerak kuali dah tebal sangat, kena ada kesabaran yang tinggi bila sental.
  1. Rebus guna kulit nenas
  • Kerak
  • Sebaik sahaja masak apa-apa masakan, dasar kuali akan menjadi hitam. Kesan lebam itu oleh dibersihkan dengan kulit nenas.
  • Rebus kulit nenas. Masa rebus kulit nenas, biar lebih pada tanda hitam dasar kuali. Ambil kulit nenas itu guna senduk, gosok-gosok. Kemudian sental macam biasa.
  1. Guna soda bikarbonat
  • Basahkan kuali dan tabur soda bikarbonat anggaran 2 sudu makan.
  • Ambil berus besi dan gosok kuali anda. Air jangan banyak. Anggaran agak-agak basah sahaja.
  • Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam hilang
  • Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan.

Lepas ni kuali anda mesti akan putih bersih selepas mengamalkan tips-tips yang min kongsikan ini. Yang penting anda kena rajin untuk sental je.

Sumber: FMT news

Share.

Leave A Reply