Adik Lelaki Bongsu | Assalamualaikum & Salam hormat kepada semua pembaca. Terima kasih kepada admin sebab sudi approvekan kisah aku ni. Aku nak ceritakan kisah adik bongsu aku. Lelaki. Pada aku setiap keluarga ada masalah masing-masing. Cuma cara dan keadaan saja yang berbeza.
Untuk kisah aku ni, aku tak pasti sama ada orang lain atau family lain
alami atau tak. Nanti bolehlah pembaca sekalian bagi nasihat apa patut
kami buat ya.
Bismillah. Aku mulakan kisah aku.
Luahan aku kali ni berkenaan adik bongsu lelaki kami. Sikit pengenalan –
dalam keluarga, dia seorang saja lelaki. Kami empat orang perempuan. Mak
ayah dua-dua pesara kerajaan.
Empat orang kakak semua dah kahwin dan menetap di negeri lain. Adik
bongsu kami masih di menara gading & belum berkahwin.
Adik bongsu aku ni amat dimanjakan oleh emak kami. Jarak dengan kakak
yang keempat taklah jauh mana cuma tiga tahun saja. Tapi aku tak pasti
sama ada sebab seorang saja lelaki kot, maka sangat dimanjakan. Semuanya
mak kami atur, semuanya mak kami uruskan.
Mula kami sedar sejak kerja projek masa SPM pun mak yang tungkus lumus
siapkan sedangkan sepatutnya dia yang siapkan. Belajar ala kadar. Asal
boleh.
Kerja rumah pulak sekali cakap sekali buat. Tapi mak tak pernah
suruh/minta tolong. Jarang sekali dia yang ringan tulang buat sendiri
atas dasar “aku duduk rumah kena tolong mak”.
Kami kakak-kakak perhati saja dan kadang-kadang kami tegur juga. Memang
kerjanya duduk dalam bilik, main game semata-mata. Tapi adik bongsu
lelaki kami ni tak hisap rokok, tak terlibat dadah & mat-mat motorsikal
pun. Buat hal sendiri sorang-sorang.
Mak layan dia seolah-olah di anak tunggal. Diasingkan betul daripada
kami semua. Bayangkan, seorang lelaki umur 23 tahun, mak datang dari
Utara ke universiti dia kat selatan semata-mata untuk teman dia balik rumah?
Mak akan naik train dan teman dia balik ke rumah sebulan sekali. Hantar
pun berteman dengan mak juga. Ulang alik lah orang tua tu ke sana untuk
“temankan lelaki berumur 23 tahun”. Bunyi tak cerdik kan?
Sepanjang dia belajar di universiti, tak pernah walau sekali adik lelaki
kami ni naik public transport. Sebabnya memang mak aku akan hantarkan.
Belanja pulak jangan cakap. Oleh kerana tinggal dia saja yang belum
lepas lagi, mak habiskan segalanya untuk dia. Baru-baru ni kami berempat
dapat tau yang mak buat loan ASB untuk dia dan mak bayarkan.
Pembaca bayangkan ye, sepatutnya dah pencen, anak-anak yang lain bagi
tiap-tiap bulan dah duit belanja, dengan duit pencen lagi, mak aku ada
hati lagi nak buatkan loan ASB untuk adik lelaki kami ni?
Mak aku jenis nak anak lelaki dia tak jatuh. Nak up semua bagi anak
lelaki dia nampak hebat. Tapi kami berempat buat-buat tak tau pasal loan
ASB yang agak banyak bayaran bulanan tu sebab amaun simpanannya agak tinggi.
Ralat juga lah sebab kami berempat bagi belanja bulan-bulan bukan untuk
mak bayar loan pulak. Sedangkan kami kerja bersusah-payah adik bongsu
senang-senang dapat seketul macam tu.
Adik lelaki aku ni belagak seolah-olah dia anak tunggal. Belanja ikut
suka hati dia. Padahal mak ayah tu pencen bukannya pegawai professional,
sokongan saja. Kena pandai-pandailah berjimat.
Oleh kerana didikan mak aku dari dia kecik memang tak sesuai dengan dia
yang seorang lelaki tu, banyak benda dia terlepas. Sikap dia jadi tak
peduli dan tak pernah kisah, sebab semua mak uruskan.
Dulu masa permohonan IPTA pun dia terlepas, maka masa diploma mak
terpaksa mohon separa swasta, mak tanggung semua daripada yuran
sampailah sara hidup. Bagi pulak sebijik kereta. Sungguh lagaknya adikku
tu macam orang-orang kaya, padahal tak pun.
Untuk umur yang dewasa – 23 tahun, bukanlah kecik dan tak kisah hal
keliling.
Pembaca cuba bayangkan, masa dia sakit (padahal demam saja), mak
bersungguh-sungguh update dalam group family. Yang kami kakak-kakak pun
concern sangat dengan adik lelaki yang sorang ni.
Tapi pembaca percaya tak, sepatah pun dia tak akan reply dan tak akan
wish apa2 walaupun dia sentiasa pegang handphone. Sebutir tak sebut apa.
Ada yang tak sihat ke, kakak-kakak abang2 ipar update macam-macam ke,
tak pernah peduli satu habuk pun.
Dia ada atau dia tak ada, memang tak ada beza. Jujur aku cakap,
seolah-olah kami ni empat beradik perempuan aje. Orang lain pun ramai je
adik bongsu lelaki, tapi disayangi & rasa best. Tapi adik lelaki kami pulak?
Apa yang dikisahkan pun tak tau lah. Nak kata ada kawan-kawan ramai pun
tak, nak kata kisah kat family pun tak, nak kata jaga mak abah kat
kampung pun tak. Umpama tak wujud pun. Sebab mak kami didik dia umpama
dia anak tunggal, segalanya dia dan pentingkan dia.
Setiap kali balik kampung atau sembang santai dengan mak, ada saja
terselit pasal adik bongsu kami ni. Terutamanya pasal “perancangan” masa
depan dia lah.
Ada satu masa tu, mak aku beriya-iya suruh adik aku ni beli rumah kat
satu kawasan tu sebab kawasan tu banyak rumah lelong. Katanya tak sampai
RM100k pun. Mak aku sebut banyak kali sangat sampai aku rasa agak hilang
kesabaran aku.
Maka terpaksalah aku cakap juga “Dia habis belajar pun belum, kerja pun
tak dapat tak tak lagi. Nak bayar ngan apa? Mak nak bayarkan betul tak?”
Kami faham je sebenarnya mak aku memang nak belikan rumah untuk adik aku
tu, tapi dengan cara sebutnya macam tu.
Aku sambung lagi “Kerja pun belum tentu dapat. Tak tau lagi dapat kat
mana, tak kan nak beli masa ni. Bagila stabil dulu, kerja dulu tengok
macam mana. Baru la beli. Silap-silap kerja kat tempat lain. Sapa nak
bayar, sapa nak duduk?”.
Sejak tu mak kami tak pernah sebut dah pasal nak suruh adik lelaki ni
beli rumah. Tak lama lepas tu nak suruh sambung belajar pulak.
M4ti-m4tian kami semua tentang sebab nak suruh dia kerja dulu. Carilah
duit sendiri nak sara hidup.
Dah 23 tahun takkan la mak jugak yang nak tanggung belajar?? Nanti dah
kerja pandai-pandai lah sambung kalau nak. Adik beradik kami semua ada
ijazah dalam & luar negara.
Aku tak pasti sama ada mak aku nak bagi adik lelaki kami ni lebih
daripada kami atau apa niat sebenarnya. Syukur lah mak tak jadi & tak
beriya-iya dah nak suruh adik lelaki ni sambung belajar.
Mak kami pernah jatuh dalam bilik air yang terlalu kotor sampai berlumut
kuning. Dah mak jatuh, dia tak ada usaha nak bawak orang tua tu ke
hospital ke klinik ke. Tak ada.
Dua minggu lepas tu mak terlepas cakap pada kakak kedua yang kakinya
sakit. Bila tanya lebih, barulah mak ceritakan. Yang lebih menyakitkan
hati, adik bongsu langsung tak ada common sense nak bagitau semua
kakak-kakaknya pasal keadaan mak.
Dahlah dalam PKP, kami berempat yang perempuan ni jenuh pujuk mak nak
berubat. Aku call juga adik lelaki ni. Mintak dia bawakkan mak ke klinik
nak xray. Itupun call banyak kali sebab takut dia “ya” kan aje.
Kenapa aku jarang sebut nama abah aku? Sebabnya abah pun dah tak tau nak
buat macam mana. Abah pun banyak tak setuju dengan mak, tapi mak kami
agak degil. Itulah layanan dia dari adik lelaki aku kecik sampai dewasa
ni. Tak normal kan?
Dewasa sangat dah tapi tak ada common sense, tak berdikari dan tak
peduli apa-apa pun dalam hidup dia. Mak aku bagi semua dan sikap mak
sendiri pun belagak kaya walaupun pencen tak banyak mana. Tak pernah
bersusah payah walaupun dia lelaki.
Aku tulis juga kisah ni untuk titipan pembaca semua, sebagai pengajaran
& tauladan. Buruk sangat akibatnya. Nak sayang anak boleh, tapi bila
sayang melampau, adik beradik lain meluat. Kalau baik tak apa lah.
Tu belum kahwin lagi. Aku tak tau la macam mana nanti dengan isteri dia.
Kesian adik ipar aku nanti. Dahlah mak aku jenis buatkan semua kerja dia.
Nanti agak-agak mak aku bising kalau menantu perempuan dia suruh adik
lelaki aku buat kerja rumah, aku teringin juga nak bubuh ayat-ayat manis
kat mak aku.
Kami kakak-kakak atas ni dah cuba dengan halus & baiknya nak sebutkan
yang mak kami ni terlalu melampau sangat dengan adik lelaki kami ni.
Tapi sampai lani nampak gayanya memang macam tu lah sampai bila-bila.
Dan adik lelaki aku pun pada kami memang sangat naik lemak dah dan
memang tak ada usaha apa-apa pun untuk tolong buat kerja rumah, untuk
baik dengan adik beradik lain. Hidup dia saja. Handphone dan game saja.
Pembaca pernah tengok budak lelaki darjah 3? Macam tulah kami ibaratkan.
Blur dan ignorant.
Terima kasih kepada pembaca sebab sudi baca kisah aku ni. Harap-harap
ramailah yang sudi bagi nasihat pada aku dan adik beradik kami ni.
Nampak macam perfect je, kakak-kakak semua dah kerja & ada family
masing-masing. Mak abah selalu berjalan-jalan. Tapi di sebaliknya inilah
yang tersirat.
– Ane Yun (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confesions