Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Tips Hilangkan Hangus Pada Seterika | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Sesetengah seterika yang ada kesan kehitaman atau hangus sememangnya berpotensi untuk merosakkan pakaian. Ini kerana lapisan tersebut boleh mempengaruhi kepanasan seterika. Kadang-kadang kepanasan tak sekata dan kita pun kuatkan lagi. Kadang-kadang tanpa menguatkan kepanasan seterika, ia boleh membuatkan pakaian kita hangus juga. Ia disebabkan oleh kerak-kerak yang berada di permukaan seterika tersebut.

Tips

1. GARAM

Bahan yang paling senang untuk bersihkan seterika yang hangus adalah dengan menggunakan garam. Caranya sangat mudah.

Mula-mula, taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau aluminium foil dan kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum.

Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan hangus. Berkesan!

2. LILIN

Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair. Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk / kain yang tak digunakan lagi.

Cubalah, permukaan seterika akan kembali licin.

3. DAUN PISANG

Kalau di rumah ada banyak daun pisang, bolehlah gunakan teknik ini. Ia juga petua yang biasa digunakan oleh mak-mak kita.

Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang. Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika tadi.

4. UBAT GIGI

Cara yang seterusnya ini tak perlu panaskan seterika.

Gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada kesan hangus. Biarkan seketika dan kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tanggal dengan mudah. Ulangkan beberapa kali atau sehingga ianya betul-betul bersih.Tips

5. SODA BIKARBONAT / BAKING SODA

Cara seterusnya, boleh gunakan baking soda atau soda bikarbonat yang biasa kita gunakan untuk buat kek. Soda bikarbonat memang terkenal sebagai agen pencuci yang berkesan.

Campurkan sedikit air pada serbuk baking soda sehingga menjadi pes. Kemudian sapu pada permukaan seterika yang hangus atau hitam. Biarkan sekejap untuk ia bertindakbalas. Kemudian, ambil kain buruk dan gosok perlahan-lahan. Semua kesan kehitaman yang terlekat akan tanggal.Tips

6. KERTAS PASIR

Satu lagi cara yang mudah, boleh gunakan kertas pasir. Macam guna garam tadi, kita panaskan seterika dan gosok hingga kotoran tanggal.

Seeloknya guna yang kasar dulu, kemudian guna yang nipis. Gosokkan hingga permukaan seterika menjadi bersih.

7. MAGIC SPONGE

Kalau anda selalu shopping di kedai Eco atau kedai DIY, mesti perasan kan ada dijual magic sponge ini. Ianya memang berguna sebab boleh bersihkan macam-macam kesan kotoran termasuklah kesan hangus pada seterika.

Cara bersihkan seterika guna span ini mudah saja. Basahkan dulu span tu, kemudian gosok saja bahagian yang ada kesan kehitaman tadi. Kadang-kadang memang ambil masa sedikit, tapi hasilnya sangat memuaskan. Kalau malas nak beli di kedai, boleh juga beli online contohnya di Lazada atau Shopee.

Apa-apa pun, anda diingatkan supaya berhati-hati ketika mencuba teknik tersebut kerana keadaan seterika yang panas.

Sumber: Sirap Limau

Share.

Leave A Reply