TIPS: Penjagaan Kerepek Supaya Tahan Lama

| July 8, 2020 | 0 Comments

TIPS: Penjagaan Kerepek Supaya Tahan Lama | Kerepek merupakan antara makanan ringan yang wajib ada di setiap rumah. Pelajar-pelajar yang hendak balik ke asrama pon selalu borong kerepek untuk di bawa balik ke asrama untuk dijadikan kudap-kudap bila waktu lapar tengah malam. Kerepek merupakan makanan kegemaran bagi sesetengah orang, tapi jika tidak pandai simpan kerepek tersebut tidak tahan lama, ia akan menjadi lemau dan tidak sedap. Kali ini in akan kongsikan tentang tips supaya kerepek anda tahan lama.

Ini TIPS ringkas agar kerepek anda tahan lama:

  1. Simpan kerepek di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada angin yang masuk. Kerepek akan jadi lemau dengan kehadiran angin.
  2. Jangan biarkan kerepek terdedah dan tak disimpan. Kerepek akan mudah lemau dan di makan semut. Jangan ingat semut tak minat kerepek pula.
  3. Jauhkan kerepek korang dari haba panas. Jangan letak tepi dapur, jangan letak tepi peti ais atau dibiarkan lama di dalam kereta.
  4. Jangan letakkan kerepek korang secara terus kepada matahari. Ianya akan menyebabkan rasa dan warna kerepek berubah dengan cepat.

Jadi lepas ni anda kena beringat, simpan baik-baik supaya ia tetap rangup dan sedap walaupun dah disimpan lama.

Sumber: Cruncheese Boom

 

Tags: , , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *