TIPS: Petua Masakan Yang Wajib Anda Tahu | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dalam memasak ini, ada petua-petua yang perlu diikuti. Tapi kadang-kadang min sendiri pun main hentam je bila memasak. Tapi rupanya ada petua yang boleh kita ikuti untuk dijadikan sebagai panduan kita.

Masakan

Ikuti Tips Tersebut:

  1. Menghilangkan pahit peria

  • Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah kurang 25 minit, sejat dan masaklah pera tadi. ishaAllah mesti berkesan.Masakan
  1. Mengekalkan warna sayur hijau

  • Masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi bayam dan lain-lain.
  1. Tangan pijar kerana cili

  • Mungkin ada antara anda yang tidak tahan dengan pijar cili khususnya jika terpaksa memegang cili untuk ditumbuk atau sebagainya, tambah-tambah lagi jika digiling. Rasa panas atau pijar ini boleh di atasi segera dengan menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa sekelilingnya dan dekatkan pada bahagian api. Memang mulanya anda terasakan begitu panas bagaikan terbakar. Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang. Sudah itu barulah dicuci dengan sabun dan air bersih.Masakan
  1. Kulit telur lekang dengan mudah.

  • Sebelum merebus telur, bersihkan telur-telur itu. Ketika air mendidih, masukkan sedikit garam dan kemudian tutup rapat-rapat. Setelah rebusan cukup masak, kupaskan telur-telur tadi. Hasilnya kulit-kulit telur amat mudah untuk ditanggalkan.
  1. Mengurangkan masin ikan kering

  • Caranya dengan merendamkan ikan kering dengan sabut buah kelapa. Rendam selama 2 jam kemudian basuh dan jemurkan di tengah panas.
  1. Menghilangkan bau hamis di kuali

  • Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana selalu digunakan, kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya, ambik limau nipis dan gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak berbau lagi.
  1. Elakkan semut dari gula

  • Untuk mengelakkan gula daripada dimasuki semut, letak lah 3 atau 4 biji bunga cengkih ke dalam gula itu. Bunga cengkih ini juga akan memberikan keharuman pada gula tersebut.
  1. Menghilangkan kotoran pada kulit kerang

  • Untuk menghilangkan kotoran pada kerang, ambil beberapa batang serai kemudian ditumbuk jangan sampai hancur kemudian di rendam bersama air yang sama cukup dengan kerang tadi. Gaul dengan tangan. Biarkan dalam 10 minit dan lepas itu kulit kerang akan kelihatan cantik dan bersih.
  1. Melambatkan nasi menjadi basi

  • Biasanya nasi yang kita masak cepat basi akibat dari pemeluwapan yang terlalu banyak. Untuk mengelakkan nasi tersebut daripada basi, sebelum kita tekan suis periuk atau masa katas dapur gas anda cuma perlu masukkan secubit garam ke dalam air beras tadi. InshaAllah nasi yang kita masak tidak tahan untuk seharian.
  1. Ayam goreng lebih sedap

  • Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbuk 3 ulas bawang putih untuk ½ ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit dan lumurkan pada ayam yang hendak digoreng. Goreng sampai benar-benar garing dan angkat.

Sumber: Media Vaganza

Share.

Leave A Reply