Tular Pengawal Keselamatan Makan Nasi Dengan ‘Lauk’ Garam | Di saat orang lain sedang sedap menikmati pelbagai juadah di rumah ditambah pula dengan pelbagai jenis lauk-pauk yang dihidangkan namun, tidak bagi seorang lelaki ini yang hanya makan nasi dengan ‘penambah perasa’.

Tular Pengawal Keselamatan Makan Nasi Dengan 'Lauk' Garam

Menerusi perkongsian satu video di media sosial Tiktok, seorang lelaki yang dikenali sebagai Ras_96 telah berkongsi menu ‘istimewanya’ bagi mengisi perut yang lapar. Apa yang paling menyedihkan, lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sungai Buloh itu hanya memakan nasi kosong yang ditambah air putih dan garam.

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen terdapat netizen yang mengatakan bahawa itu merupakan salah satu konten hanya semata-mata demi kandungan yang ingin tular. Namun, lelaki itu menjelaskan makanan yang dimakannya itu adalah betul.

“Ya, betul di sini ada makanan tapi saya tak ambil takut orang marah,” katanya.

Menerusi video yang lain di akaun tiktoknya, lelaki ini turut berkongsi menu yang sama cuma ditambah dengan ikan kering sahaja untuk santapan ketika bersahur.

Di ruangan komen tiktok miliknya, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib lelaki ini dan berdoa semoga dia dimurahkan rezeki.

Kita seharusnya berasa bersyukur kerana masih mempunyai rezeki walau apa jua makanan yang kita dapat di dunia ini kerana itulah nikmat kehidupan yang diberikan Allah SWT kepada kita semua. Kadangkala manusia ini leka dengan kenikmatan dan kelazatan hidup di dunia maka menjadikan kita lupa untuk melafazkan rasa kesyukuran.

Sumber: Ohbulan  

Share.

Leave A Reply