SEORANG penunggang p hailing mengharungi detik tragis apabila dirempuh sebuah kenderaan Perodua Myvi dari arah hadapan di sebuah jalan dekat Bandar Baru Bangi, Selangor pada Selasa.

Insiden itu berlaku ketika penunggang terbabit dilihat menunggang dengan laju dan memotong garisan berkembar di laluan berkenaan.

Tidak semena-mena, sebuah kereta Myvi merah yang memandu dari arah bertentangan kemudiannya merempuh penunggang terbabit selepas gagal menekan brek dan mengelak daripada pelanggaran tersebut.

Susulan kejadian itu, mangsa akhirnya tercampak dan motosikalnya turut mengalami kerosakan di jalan raya berkenaan.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian itu namun, rata-rata warganet meletakkan kesalahan kepada penunggang terbabit yang dilihat sengaja menunggang di laluan bertentangan.

“Sikap rider yang bekerja demi sesuap nasi wajar dipuji namun pilihan untuk memecut dan memotong secara melulu perlu ditegur, kalau berjaya memotong, mungkin dapat rezeki lebih tapi kalau gagal itu mungkin hantaran terakhir dia,” kata Chan Yee Chong.

“Perkara utama dalam kepala rider kena selalu ingat, dah tahu kawasan banyak simpang jangan la bawa laju macam nak ke bulan, potong garisan berkembar memang dah berbahaya,” ujar Nur Atiqa.

“Motosikal tu memang salah, dah la potong garisan berkembar bawa laju pula, Myvi tu keluar simpang dah perlahan dah,” tambah Apoi Pilus.

Beberapa kenderaan lain kemudiannya turut berhenti di lokasi berkenaan bagi memberikan bantuan manakala penunggang terbabit dilihat terbaring kesakitan ketika kejadian.

Belum ada sebarang laporan berhubung keadaan terkini mangsa setakat ini.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: Seorang Lelaki M4ut, Motosikal Kuasa Tinggi Terbakar Bertembung Kereta.

Seorang lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas motosikal berkuasa tinggi ditungganginya bertembung dengan pacuan empat roda di kilometer 5, Jalan Lipis Merapoh, jam 11.40 pagi hari kelmarin.

Mekanik Azman Zakaria, 43, yang menunggang motosikal BMW R1200 RT meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lipis di sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggangi mangsa bertembung dengan pacuan empat roda Mitsubishi Triton yang dipercayai pecah tayar belakang kanan dan depan kiri.

“Keadaan itu menyebabkan pacuan empat roda itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa,” katanya ketika dihubungi.

“Keadaan itu menyebabkan pacuan empat roda itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal ditunggangi mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, motosikal mangsa terbakar manakala Mitsubishi Triton remuk teruk di bahagian hadapan.

May be an image of 2 people, outdoors and tree

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, motosikal mangsa terbakar manakala Mitsubishi Triton remuk teruk di bahagian hadapan.

“Penunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Lipis untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia jam 1 tengah hari. Pemandu Mitsubishi Triton hanga mengalami kecederaan ringan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply