Tular sebuah video berdurasi 23 saat yang memaparkan seorang pelajar lelaki dipukul dan ditumbuk rakan sebayanya dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.

Ketika kejadian, mangsa dilihat cuba mempertahankan diri daripada serangan tiga pelajar lain, manakala beberapa lagi pelajar lain berpakaian seragam sekolah turut menyaksikan insiden tersebut.

Mangsa tidak membalas serangan berkenaan, sebaliknya hanya cuba untuk mempertahankan diri dalam serangan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu dan pihak sekolah mungkin akan menghubungi ibu bapa mereka yang terlibat pada Rabu untuk membincangkan perkara tersebut.

Sementara itu, pengguna di laman media menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan supaya kejadian seperti itu tidak berulang.

Ada juga pihak yang menggesa ibu bapa mangsa untuk membuat laporan polis kerana kes sedemikian tidak boleh dibiarkan selain turut menyuarakan kebimbangan terhadap si pembuli yang mungkin membesar menjadi seorang samseng jika tingkah laku itu tidak dihentikan.

Sumber : Majoriti Official 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pelakon Terkenal Didakwa Tumbuk & Tendang Penghuni

Seorang pelakon popular yang ditahan berikutan didakwa melakukan perbuatan menumbuk dan menendang penghuni di sebuah kondominium di Segambut akan dihadapkan di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pelakon berusia 38 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Asisten Komisioner Beh berkata dalam kenyataan pada Selasa bahawa dia akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9 pagi, pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kejadian didakwa berlaku pada 16 Jun tahun lalu di mana media melaporkan pelakon itu telah ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut.

Pelakon yang juga mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium tersebut oleh pengawal keselamatan.

Kejadian tumbukan dan menendang didakwa berlaku selepas pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan mula terjadi. Pelakon tersebut telah datang secara tiba-tiba sebelum bertindak memukul mangsa.

Berikutan kejadian terbabit, pelakon itu telah direman selama tiga hari dan kemudiannya dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk pertuduhan.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply