Warga Emas Maut Dalam Perjalanan Pulang Solat Tarawih | Khalifah Media Networks –  Perkara yang membuatkan umat Islam berasa gembira di bulan Ramadan ini apabila melakukan solat tarawih secara berjemaah di masjid. Kebanyakan yang menyukai suasana seperti ini ialah golongan warga emas kerana di bulan Ramadan inilah bulan yang paling berkat untuk umat Islam melakukan kebaikan dengan pahala yang berlipat ganda.

Warga Emas Maut Dalam Perjalanan Pulang Solat Tarawih

Kota Bharu: Malang tidak berbau apabila seorang warga emas yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas melakukan solat tarawih maut dalam kemalangan. Membabitkan dua motosikal di Kampung Kukang, Jalan Perol, di sini, malam tadi.

Warga emas, Mohamad Yusoff, 70,  dan seorang lagi penunggang motosikal, Farahan Cheteh, 17, meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala anak Mohamad, Muhammad Soleh, 17, mengalamai kecederaan parah. Difahamkan, Mohamad yang menunggang motosikal dengan anaknya itu dalam perjalanan pulang ke rumah. Selepas selesai menunaikan solat tarawih di masjid berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 10 malam tadi. Hal ini telah membabitkan perlanggaran antara dua buah motosikal.

Abdul Rahim berkata, warga emas itu telah menunggang motosikal Honda C100 dengan anaknya dari arah Peringat ke Perol. Sebaik tiba di lokasi, motosikal itu membelok ke kanan untuk masuk ke lorong tali air menuju ke rumahnya. Dia tidak menyedari terdapat sebuah lagi motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Kejadian Kemalangan

“Kedua motosikal berkenaan bertembung menyebabkan semua mereka tercampak atas jalan. Warga emas serta Farahan yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 meninggal dunia di lokasi kejadian.” Katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Berikutan untuk menjalani bedah siasat manakala anak kepada warga emas terbabit telah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. Berikutan mengalami kecederaan parah di bahagian muka.

Dalam kes berasingan, beliau berkata, seorang buruh binaan maut dalam kemalangan. Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Bandar Baru Tunjong, di sini, pagi tadi, dipercayai akibat terbabas.

Abdul Rahim berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.30 pagi itu, apabila mangsa, Norhisam Mohd Nor, 47, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Pasir Hor menghala ke tempat kerjanya.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, dipercayai motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan dan terbabas sebelum terlanggar pembahagi jalan. Mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat,” katanya.

Menurut Abdul Rahim, kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Berita Harian 

 

Share.

Leave A Reply