“Ya Allah, Ampunilah Bapak…” Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia | Terbaru, bapa kepada pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi.
Ustaz Ebit lew memaklumkan perkhabaran duka tersebut menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknya.
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untuk kami anak-anak.
Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..
Sumber : Ebit Lew
Arab Saudi Masukkan Sinovac Dalam Senarai Vaksin Untuk Masuk Ke Negaranya | Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi berita baik buat golongan Islam yang ingin menunaikan haji atau umrah pada masa akan datang.
Individu yang menerima vaksin Sinovac kini diterima oleh kerajaan Arab Saudi untuk masuk ke negara tersebut. Berita ini telah dikongsikan di laman rasmi Twitter Dr Zulkifli itu sendiri.
“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.”
“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.”
“Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac”.
Baca Selanjutnya Di Sini..