3 Tempat Makan Best Western Di Ampang, Selangor

| November 22, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Ampang, Selangor | Khalifah Media Networks – Tiba waktu cuti atau tidak, jika anda membuat perancangan untuk bercuti ke negeri Selangor, atau ada urusan kerja mahupun pulang ke kampung halaman. Jangan risau jika anda penggemar makanan western food tetapi tidak tahu kat Selangor ni dimana ada kedai western. Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.

Disini kami memberi cadangan tiga pilihan tempat makan best western yang ramai review cakap sedap di Ampang, Selangor. Kalau dekat dengan tempat penginapan, rasanya anda tidak patut lepaskan peluang untuk mencuba kan? Ikuti artikel ini selanjutnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut 3 tempat makan best di Ampang ni.

1. BONDA CAFE AMPANG

Rasanya jika kita tanya orang Ampang, rata-rata sudah mengenali Bonda Cafe. Kedai ini mempunyai ruang yang luas, jadi jangan risau jika anda nak bawa keluarga ke sini. Kat sini memang popular dengan keunikan masakan ala barat dan seafood yang memang menyelerakan.

Harga makanan disini amat berbaloi dan ramai yang pernah mencuba masakan disini pasti akan datang semula. Antara hidangan yang menjadi tarikan disini adalah Chicken Chop, Shell Out Platter RM 29.90 jer, ini sumpah sedap dan banyak lagi. Jom tengok antara gambar-gambar menu istimewa yang menarik perhatian setiap pelanggan yang datang ke restoran Bonda Cafe dan menjadi tarikan buat penggemar makanan barat.

Jika anda mencari makanan barat yang sesuai dengan selera anda ? Restoran Bonda Cafe menyajikan anda pelbagai menu yang menarik sesuai dengan citarasa anda. Jika berhajat untuk ke sini boleh ke alamat : G-3 Jalan Dagang B/3A, Dagang Avenue, Taman Dagang, 68000 Ampang Selangor (Berdepan IPD Ampang Jaya & Galaxy Ampang). Atau Waze : Bonda Cafe Ampang. Kalau sesat boleh call 03-42701188 / 019-6564118 / 013-2188809. Restoran Bonda Cafe ini mula beroperasi setiap pukul 4.00 PM dan tutup pukul 1.00 AM, setiap hari dibuka kecuali hari Isnin sahaja tutup.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/BondaCafeAmpang/

2. BIG EAT KITCHEN

Khas bagi penggemar western food dalam masa yang sama mahu menjamah aneka masakan lain, Big Eat Kitchen adalah pilihan buat anda. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya kreatif minimalis yang menampilkan ciri moden. Jika anda ingin merasai kenikmatan dan kepuasan sebenar makanan ala barat, restoran ini menyediakan pelbagai menu yang menarik dan istimewa.

Big Eat Kitchen bukan sahaja tempat sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan. Selain makanan ala barat, Anda juga pasti mahu mencuba masakan lain yang kelihatan sedap dan mengiurkan. Jom lihat beberapa gambar menu yang terdapat di restoran Big Eat Kitchen ini.

Banyak lagi menu masakan western dan lain yang terdapat direstoran Big Eat Kitchen ini. Jadi anda boleh datang dan rasai kesedapan yang ramai cakap memang terbaik. Sila ikut alamat ini jika mahu kesini : No. 8 Jalan Air Bukit, Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor (opp Ampang Point/ next to Empire Classic Furniture). Waktu mereka beroperasi bermula pukul 3:00 PM – 12:00 PM. Boleh juga telefon 016 2433838 / 019 2857777 untuk sebarang tempahan atau pertanyaan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/bigeatrotijohn/

3. BEEMIE KITCHEN

Seterusnya pilihan tampat makan yang best ini kedai hipster yang menyediakan juadah makanan western yang terbaik di Ampang. Jika anda boring makan tempat yang sama, rasanya boleh mencuba pula makanan di Beemie Kitchen ini. Harga jangan risau sebab berbaloi dan makan pun puas hati.

Menu yang disediakan disini memang unik dan ada bermacam pilihan western hingga anda rambang mata nak makan yang mana. Kalau perut besar, boleh cuba semuanya. hehe..Boleh tengok gambar-gambar dibawah sebagai review mana tahu nanti nak singgah di Beemie Kitchen ini.

Anda pasti sangat selesa dan menyenangkan untuk menjamu selera. Kalau teringin nak pergi, ini alamatnya: Lot G 20, Jalan Dagang Besar, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor. Atau Sebarang pertanyaan boleh hubungi 017-909 0827. Jom bawa family, sedara mara, kawan-kawan makan di Beemie Kitchen.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/beemiekitchenofficial/

Dah baca jom kongsikan pada penggemar masakan barat yang lain.

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *