3 Tempat Makan Best Western Di Ayer Keroh, Melaka

| October 2, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Ayer Keroh, Melaka | Khalifah Media Networks – Ronda-ronda mencari tempat untuk menjamu selera? Pernah tak anda mengalami situasi ini bila ke sesuatu tempat tercari-cari kat mana nak makan yang best dan sedap? Perut pun mula lapar, kita pun tertanya-tanya mana tempat makan best kat sini?

Jangan pening-pening, disini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Ayer Keroh, Melaka. Kalau berhampiran anda mengapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom jamu mata dengan 3 tempat makan best di Ayer Keroh.

1. BUKIT RESTAURANT & CAFE

Bukit Restaurant & Cafe ni bukan asing lagi bagi orang yang tinggal dikawasan sekitar Ayer Keroh, Melaka. Disini bukan hanya hidangan western food disajikan, tapi ada menu tempatan menarik lain yang anda boleh pilih. Reka hias ruangan kedai yang selesa buat pengunjung menikmati hidangan serta sesuai untuk seisi keluarga.

Harga hidangan mengikut pilihan makanan yang dipilih, jangan risau harga berpatutan sesuai dengan saiz hidangan, yang penting sedap dan pasti kekenyangan. Anda juga boleh mencuba pelbagaai aneka western dan bermacam lagi jenis masakan. Mari lihat beberapa gambar menu menarik yang disajikan di Bukit Restaurant & Cafe ni.

Menarik kan? Kecur liur dibuatnya, hidangan resepi mereka pastinya sedap hingga licin pinggan. Jadi apa lagi anda tunggu, boleh lah mula rancang untuk ke Bukit Restaurant & Cafe di Ayer Keroh, Melaka ini. Kalau berhajat nak singgah ini alamatnya : Km.5 jalan ayer keroh,lot 2436,mukim bukit baru, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu buat tempahan boleh call 019-566 7075. Waktu kedai mula beroperasi pada pukul 4.00 petang hingga 1.00 pagi.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/BukitRestaurantCafe/

2. AIDA RICH CAFE

Ni satu lagi kedai yang masakan yang sedap dan harganya pulak?? Memang murah harga warung, anda makan lah sampai kenyang tersandar. Ada banyak menu western yang dihidangkan untuk korang pilih sesuai selera anda. Ramai kata sedap.

Menu popular disini yang menjadi pilihan ramai iaitu chicken chop dan lamb chop. Pasti puas hati dengan resepi mereka. Jom tengok beberapa sajian menarik restoran ini. Ala sebagai preview kan, kalau berminat nanti nak singgah ke Kedai Aida Rich Cafe ni kan.

Kedai Aida Rich Cafe ni terletak di alamat : No. 54, Jalan TU42, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi : 017-680 8609. Dibuka mulai pukul 12.00 pm – 11.00 pm.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/AidaRichCafe/

3. PAGI-PAGI CAFE

Kedai Pagi-Pagi Cafe pilihan terakhir ni pun bukan main sedap menu western mereka. Ada bermacam jenis western food yang anda boleh pilih. Harga pula memang bajet, sungguh murah dah la sedap pulak tu. Berbaloi-baloi dan jamin puas hati. Jom tengok antara gambar-gambar menu yang pasti kecur liur ada disini.

Kedai Pagi-Pagi Cafe ini terletak di lokasi perniagaan : No 1, 1-1, Jln AKP 1, Taman Ayer Keroh Permai, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Jadi boleh rancang perjalanan anda bersama keluarga atau rakan-rakan untuk ke sini nanti.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pagipagicafe/

Habis baca jangan lupa kongsikan artikel ini pada yang lain sama ye!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *