3 Tempat Makan Best Western Di Bahau, Negeri Sembilan

| September 13, 2018 | 0 Comments

3 Tempat Makan Best Western Di Bahau, Negeri Sembilan | Khalifah Media Networks – Ayuh tukar citarasa makan kat tempat lain pula, asyik ke tempat makan yang sama saja. Tapi kat mana ya? Jangan risau, kali ini kami kongsikan pula tempat makan best yang anda boleh kunjungi.

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Bahau, Negeri Sembilan. Kalau dekat dengan tempat tinggal anda, kenapa tidak untuk mencubanya kan? Mari kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Bahau ni.

1. KEDAI H4774

Anda dah pernah rasa masakan di restoran Kedai H4774 ni belum? Jika belum, boleh mula membuat perancangan bersama keluarga untuk merasai sendiri keenakan masakan Western food di sini pula. Selain itu, Restoran ini juga terkenal dengan pelbagai menu masakan lain juga. Terdapat pelbagai hidangan menyelerakan ada disediakan disini, Anda mungkin nak cuba semuanya sebab nampak mengiurkan, kalau mampu habiskan apa salahnya kan.

Restoran H4774 ini memang santai, sesuai untuk keluarga dan bertemu rakan-rakan. Anda boleh memilih sesuai selera anda sebagai peminat western food. Harganya pula jangan risau ianya berpatutan dengan makanan yang dihidangkan, yang penting sedap dan puas hati. Jom tengok gambar-gambar menu makanan western yang terdapat di sini.

Kami selitkan cuma beberapa menu masakan saja, terdapat banyak lagi menu masakan yang disajikan di restoran H4774 ni. Anda datang dan cuba sendiri resepi masakan mereka. Kalau nak singgah ni alamatnya : No 4082, Taman Tunku Puan Chik, 72100 Bahau, Negeri Sembilan. Atau nak mudah boleh buat carian di google maps – Kedai H4774. Boleh hubungi 017-397 1793 untuk pertanyaan atau tempahan. Jadi apa tunggu lagi jom terjah ke restoran ini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/kedaih4774/

2. WAGHIH D WESTERN

Bagi yang nak merasai kesedapan masakan western, anda boleh lah mencuba makanan di restoran Waghih D Western ini pula. Ramai pelanggan yang hadir rata-rata memberi review cakap memang padu, harga pula macam tak percaya murah dengan makanan sedap. Sangat sesuai bawa keluarga makan disini, mungkin masing-masing mahu mencuba masakan yang lain-lain kan?

Jangan risau sebab ramai setuju kata pekerja Waghih D Western ni ramah dan mesra, anda pasti tak rasa janggal berada di situ. Menariknya disini, selain western, menu seafood yang menarik pun ada. Boleh tengok gambar-gambar masakan barat serta minuman yang ada di Waghih D Western ni.

Apa lagi anda tunggu, pakat terjah rasai sendiri masakan di Waghih D Western ni. Bak kata orang memang padu! Kalau anda nak ke sini, ikut alamat berikut : Taman Serting Jaya, 72100 Bahau, Negeri Sembilan, atau boleh guna waze taip jer nama Waghih D Western nanti ada la tu. Jika tidak jumpa kedai boleh hubungi 011-1628 0780. Anda boleh lah rancang waktu yang sesuai untuk ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/waghihdwesternbahau/

3. DBELUKAR STEAMBOAT N GRILL

Ni satu lagi kedai yang menyediakan juadah makanan yang best di Bahau. Jika dah bosan dengan kedai lain, apa kata bolehlah mencuba pula masakan di DBelukar Steamboat n Grill. Harganya pula berbaloi sesuai rasa dan kuantiti. Boleh tengok beberapa gambar menu yang disajikan di sini. sebagai preview kalau berminat boleh lah singgah nanti ke DBelukar Steamboat n Grill ni.

Kalau berhajat nak pergi, ini alamatnya : No. 17 jalan ara 1 , pusat perniagaan bandar ioi, 72100 Bahau, Negeri Sembilan. Atau boleh juga hubungi nombor 014-816 8175 untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan. Jadi boleh rancang perjalan anda nanti jika berhajat untuk ke sini.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/Dbelukar-Steamboat-N-Grill-1014421518697009/

Sudah habis baca artikel ni, mohon jasa baik kongsikan pada yang lain juga ye.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: TEMPAT MAKAN BEST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *